
Everything slow lately. Itu kesimpulannya. Why ? I really dont know. Masa sekarang banyak dihabiskan dengan ist
eri di rumah. Shooting ? Hurmmm , tiada apa-apa aktiviti terbaru. Tennis ? hampir menggantung raket selama sebulan. Apa lagi ? Hanya enjoy masa berkualiti bersama si dia.
Baby dalam perut Alhamdulillah, kini dalam keadaan sihat walafiat. This week baru masuk 11 weeks. First time melihat my baby melalui scan di Klinik Jammy Suzanna baru-baru ni amat mengharukan. Masih ingat ayat yang keluar di mulut kepada isteri. This is the first time we see our baby.
Buku merah dah dibuka. Tempat bersalin ? masih belum ditentukan. Berserah pada isteri sahaja di mana pilihan dia. Mana-mana saja yang baik asalkan semua selamat.
Beberapa minggu lepas YM Scharewl ajak buat projek baru. Kunonnye nak mencuba nasib menghasilkan short film. Plan yang masih tinggal lagi plan. Orang lain dah maju kedepan berjela-jela. Waq Jangguttouch dah mula publish pon short film siap masuk 15malaysia. Dammmm , aku terlambat lagik. Oittt Scharewl, bila mau bikin ?
Sudah busan-busan duduk di rumah mula tangan tak duduk diam. Abis dinding umah ditebuk kunonnye nak menggantung berpuluh frame yang baru beli. Hasilnya ? Boleh la …….
My study this semester is really *&^#**&^. Benci betul ngan Mechanic Fluid. Why so susah haa ? Bila mau habis aku pon tatau. My wife InsyaAllah akan habis end of this year. Jika diizinkan Allah tahun depan banyak masa bersama ahli baru dalam keluarga.
Dengar cerita end of this year ada Gunung Tahan Challenge. Jadi ke idak masih lagik samar-samar. Kalo jadi kompom my wife tak ikut. 5-7 days dalam hutan meredah ke Gunung Tahan. Wowwww !! sungguh adventure. Tapi nak usung kamera yang lemah semangat tuh.
Last season Konvo USM aku dah terlepas peluang. 5 days shooting opportunity terpaksa dilepaskan de kerana study. Ohh…. ruginya. Takpe, harap-harap next time diberi peluang lagi. Tapi macam tipis jek. Takpela tuah ayam nampak di kaki, tuah aku ..?
Projek Tasik Banding pon masih samar-samar. Belum dapat keputusan akhir lagi urusetia. Kalo idak leh juga jadi projek terbaru mengusung kamera. Dont worry, the price kompom reasonable. Hahaha.
2 post aku sebelum ni ntah ke mana menghilang. Tetiba je hilang. Takde pula aku delete. Hairan jugak dibuatnya. Disebabkan malas nak robek-robek, biar ajelah dia hilang. Mungkin dia malu.
Puasa tahun ni bleh dikatakan “The MANDOMest” puasa diri aku. Asyik tak sihat jek. Nasib baik masih mampu berpuasa. Last week aje MC 2 hari. Badan asyik nak jadi ular sawa ajek kejenye. Maybe sebab berhenti bersukan secara mendadak. Abis tuh kunon nak azam berjogging setiap petang nak peluhkan badan juga. Hurmm.. tinggal angan-angan lagi. Jogging le perkara paling tak best bagi aku.
Banyak sungguh angan-angan. Hurmm… seronok aje tgk wife berangan-angan atas tilam. Entah ke benua mana dah sampainya. Sempat lagik kot kejar ……. Selamat Malam Dunia. Jangan lupa bangun sahur.
Hafiz
www.pesonasenifoto.com