Ye aku tahu. Mungkin dah basi pun cerita ni, Tapi apa bleh buat, dah sebab berjanji ngan kawan-kawan nak upkan juga pic annual mini reunion mashoor, so aku tunaikan jugak hari ni .
Event berlaku 2-3 hari sebelum raya, ini lah aktiviti kami ex-SMKA AL-Mashoor (L) P. Pinang bath 1995-1999, Mini Reunion and Majlis Berbuka Puasa. Cuma tahun nie agak special sikit kerana berlansung 2 hari satu malam. Kebetulan aku baru berkahwin, and ini isteri kena tinggal stay kat kampung. Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan…. rite ? hahahaha
Sesi tahun nie bermula dengan lawatan ke rumah salah sorang daripada kawan kami, yang mana saat entry ini ditulis beliau sudahpun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Mesjid Jelutong. Tak sangka lawatan kami pada hari tersebut merupakan lawatan terakhir buat allahyarham.
Kemudian semua berkonvoi meneruskan perjalanan ke The Village Mall, Sungai Petani untuk berbuka. Macam biasa, setiap tahun bukan acara makan yang dinantikan pun, sekadar nak berjumpa dengan kawan-kawan sambil merobek kisah lama. Alih-alih bebuka di kedai mamak dekat-dekat situ je,

Suasana sekitar majlis berbuka
Lepas dah abis makan, semua lepak di The Village Mall untuk solat Magrib diimamkan oleh pegawai KAGAT, Aswad. Then makan lagik kat The Daily Fresh, Mat Napi sekarang dah jadi salah sorang tokey kiosk The Daily Fresh.

Kedai kiosk The Daily Fresh kepunyaan Mat Napi di The Village Mall, Sungai Petani.
Lepas semua dah kenyang melantak, perjalanan diteruskan ke resort terapung di Teluk Bayu, Actually ada gambar, but disebabkan semua malam tuh terlalu lah sexy, so better aku tak upload la gambar, nanti bini hampa marah aku plak. Satu-satunya gambar yang melepasi lembaga penapisan is ini :

Firzal a.k.a Toro termenung memikirkan ikan yang belum berjaya dipancingnya.
Semalaman di sana dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, ada yang memancing, ada yang memasak, ada yang ………….
Aku tido around pukul 6.15 pagi and bila bangun dah ramai yang balik. Yela ada yang kena kerja, ada yang kena buka kedai. Kami balik area pukul 12.00 tengahari .

Permulaan perjalanan balik
Masa memula bot tu sampai aku macam tak berani nak naik pon ada, pasal yg handle bot tu rasanya bebudak baru umo awal belasan tahun. Yang sorang tuh kompom aku rasa bawah 12 tahun. But memandangkan aku takda alternatif lain aku naik juga. Anyway semua orang tak takut pon, kenapa aku nak kena takut ? kan ? hahahahah .

Semasa perjalanan pulang dari resort terapung ke tanah besar.
Overall, this year event is different form before. Thank you and tahniah kepada penganjur. Tahun depan kita wat lagik, tapi aku tak pasti tahun depan semua orang akan ada lagi ke idak ? Harap-harap la ….. kan ..?

Group photo antara mereka yang masih tinggal hingga akhir program
Jumpa lagi tahun hadapan .
Hafiz
www.pesonasenifoto.com