Sep 15

Josie Maran

Josie Maran

Digital makeup is not something new sebenarnya dalam fotografi. Ramai portrait photographer mahupun photographer dalam bidang yang lebih glamour seperti jurugrambar artis dan fashion photographer sering menggunakan teknik ni dalam bidang mereka.

Di Malaysia tak ramai photographer yang menggunakan teknik nie. Kalo ada pun bleh di kira dengan jari. Jay Ismail one of them. Tak tahu ler ada orang kenal atau tidak jurugambar kepada adik pembaca berita di stesen tv terkenal tanahair.

Digital makeup sebenarnya tidak mempunya step tertentu dalam pembikinannya. Sama juga seperti mak andam menyolek pelanggan mereka cuma ini adalah versi digital. Asas makeup perlu juga diketahui agar makeup yang dihasilkan takda la nampak macam patung yang diconteng pada muka nanti.

Aku sendiri masih dok belajar teknik ini. Yang pasti teknik ni memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi coz memang tak selalunya apa yang kita cuba hasilkan akan menjadi seperti apa yang kita inginkan.Pernah juga aku cuba makeup beberapa gambar dan hasilkan menjadi seperti pondan-pondan ataupun baduk sarkas dari Soyal London Circus.

This week tv aku asyik melepak di channel 816. Melayan US Open. At the moment this post ditulis pon aku sedang menonton final US Open. Roger Federer VS Juan Martin Del Potro. Macam biasa aku tetap sokong RF and memang sekarang ni pun RF sedang leading 1 set di hadapan.

Next month Proton Malaysia Open plak di Stadium Putra Bukit Jalil. This time Insya Allah aku sampai. Tiket pon dah beli cuma tunggu masa nak pegi jek. Sesapa yan pegi jangan lupa calling-calling aku. Aku layan final je on 4th October 2009.

Puasa dah nak habis, hujung minggu ni dah nak beraya. Cepat sungguh masa berlalu. baby dalam perut pon dah masuk 3 bulan.

Dah nak masuk Subuh……. sambung lain kali.

* Credit to Wallpaperez and Beuty Or Burst for original image.

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Jul 19

Auto City

Nak mula meroketkan editing album-album yang masih tertangguh, dah makin bertimbun banyaknya. Sebelum tuh terasa nak update blog yang semakin bersawang.

Dulu semasa mula-mula pegang kamera sungguh rajin aku ber TT, sape yang tak tahu TT sila tanya Nasi Kandar Subaidah, Nasmir, Pelita dan seangkatan dengannya. Maybe diorang bleh explain lebih lanjut. Sekarang ni amat la jarang sangat dapat berTT ngan kawan-kawan ni. Kesibukan diri yang amat memaksa punggung nie terperap di rumah dan di opis saja.

Malam minggu lepas sempat pergi berjumpa kawan-kawan Fotomedia dia Nasmir Auto City. Asalnya memang nak pegi bersembang sambil bertanya khabar aje, tapi dah diminta penghulu bawa kamera, so bawa la jugaa bersama-sama lens 50mm dengan alasan ‘ringan’. Hahaha ..

Lepas kutuk sana kutuk sini, join diorang melayan strobist. Aku memang jahil bab strobist ni, cita-cita nak melawan Drew Gardner, tapi pemalas nak belajo strobist, bleh ke camtu ? Aku just shoot persiapan depa jek pasal dah ‘ter’bawa kamera. Cuma last sekali sebelum aku balik sebelah keta aku shoot wife aku, so hasil seperti di atas.

Strobist

Strobist

Semalam balik sampai kat umah terus tido. Kunonnye nak kemas rumah, hampas….. Bangun pagi tadi dengan rajinnya menolong isteri mengemas rumah. Adik perempuan aku nak datang stay sampai Rabu disebabkan early August dah nak bertolak ke USA, so masa-masa kecederaan ni nak le dihabiskan di sini. Kesimpulannya aku rajin menolong wife aku mengemas rumah disebabkan adik aku nak datang umah aku. Kah kah Kah ….

Lepas mengemas aku melayan pulak member-member makan durian. Asal dalam perancangan ada durian jek, sekali rambutan, dokong, manggis ngan bihun goreng pon di jamunya. Thanks to tuan rumah Amy atas jemputan. Lepas dah seronok melantak, join Silmi and da gang shoot tuan punya buah-buahan, si Amy nieh.

Amy

Aku tak pandai strobist, so layan available light aje lah. Tengah semua dok asyik melayan Amy aku ngajak si Natasya, wife kepada Nae untuk pose kejap pasal aku suka tgk anaknya yg cute macam maknya gak. So sempat la tekan beberapa kali and sempat gak ler berpeluh. Sedap nama anak diorang , Indah.

Indah Nur Dahlia

Indah Nur Dahlia

Tak tahu sama ada pengunjung blog nie tahu ke idak, this blog sebenarnye just my room untuk merapu and as personal diary. But u are welcome to read and view the content. And for my portfolio, please visit our official website at www.pesonasenifoto.com

Ok.. ok … dah lama, nak wat album. Babai … !!

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Mar 16

Alkisahnye hari Sabtu aku ada wedding shoot di Parit Buntar, and turn out Bridal Anjung Amie dah jadi macam pesta fotografi la pulak. 

With me, Mat Khir, Mat Nor, Anak Mat Nor, anak buah Romantis, Silmi and Naza semua shoot makeup di tempat yang sama. Even tak semua dapat berjumpa serentak, but ini la paling ramai photog masuk kedai tuh selain “kami-kami”.

Area pukul 1 aku tengah menuggu kehadiran rombongan pengantin lelaki and tetibe aku dapat call dari my cousin yang informka aku ayahnye, kira Pak Andak aku la dah meninggal dunia. Aku memula macam tak percaya pun ada pasal tetiba aje meninggal. 

Aku dah serba salah nak shoot ke, nak balik kampung ke mula pikir sapa yang boleh aku call nak jadikan pengganti. But last-last semua ada job. So terpaksa jugak aku sendiri yang shoot pengantin tuh sampai abis coz dah berjanji, so kena tunaikan juga.

Around pukul 5 aku habis shooting, terus cargas ke Teluk Bahang, but dah tak sempat tgk jenazah. Cuma sempat join acara-acara di mesjid saja malam tuh. Pak Andak aku telah kembali ke rahmatullah pada 15 Mac 2009 disebabkan serangan jantung. Doakan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang mendapat hidayah daripadaNya.

Shot di atas dilakukan di rumah aku menggunakan teknik CLS. Only 1 unit of SB800 was used. Lens yang digunakan hanyalah 50mm, f1.4. So many things dapat kita explore even dari dalam rumah sendiri. Harap-harap aku dapat lebih masa untuk bereksperimen. 

Camna nak eksperimen ? ni dah kena wat editing niehh …. Hahaha .. Bye !

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Feb 22

Assalamualaikum….. lama tak ketemu …

Maaflah, tak sempat nak mengupdate blog yang kian berhabuk ini. Masa yang amat-amat pack 2-3 menjak ini. Di kala ini pun sedang mencuri masa sesambil wife sibuk packing barang untuk berlepas ke Kota Kinabalu sebelum subuh esok.

Saya akan mendaki Gunung Kinabalu pada 25 Feb 09 ke Laban Rata sebelum menuruskan pendakian bermula jam 2.00am pada 26 Feb 09 dari Laban Rata ke Low Peak. Harap semuanya berjalan lancar. Jika tiada apa aral yang menghalang. saya akan sampai kembali ke Penang pada 28 Feb 09. 

So sepanjang tempoh tersebut tidak akan ada update di blog ini. 

Saya nak mula berkemas. Jumpa lagi nanti. Sahabat-sahabat di KK jika ada jangan lupa contact saya, mungkin kita boleh TT bersama. 

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Jan 27


Disappointed, itu je la yang boleh dicakapkan during my photo hunting for Chinese New Year event with Shaiful Rizal and Black (the next morning). This photo hunting di ilhamkan when SR visit Penang last early this month with his family. Inspired by the Penang’s chinese culture, kami plan this 2009 CNY maybe we can get some good image.

But ntah kenapa, aku rasa aku tak dapat apapa gambar po yang aku rasakan puas hati for this CNY, For SR aku tak tahu le. Kek Lok Si temple is great with colors bila malam. So planning for next year, nak shoot this temple at night landscape mode.

 

My wife in the middle of the crowd at The Oldest Temple in Penang during The Chinese New Year celebration

My wife in the middle of the crowd at The Oldest Temple in Penang during The Chinese New Year celebration

Next morning sekali lagi SR ajak repeat Kuang Yin temple di Kapitan Keling. Because of CNY, so memang ramai le orang kat sini mahupun chinese dan juga peminta sedekah. Kali ni aku tekad takmo shoot ray of light dah, nak mencari sesuatu kelainan but belum sempat aku mencari kelainan, aku sendiri yang merasakan kelainan. 

Seriously today this temple really berasap. Aku tak mampu nak menahan lagik dah asap-asap ni. So aku lepak luar aje la. Ramai photographer yang aku bertembung hari tu, from local or foreigner photographer. From PnS to dslr like Canon 5D mkII.

Last-last kami pon  TT kat tempat feveret untuk breakfast area Kapitan Keling. Restoran Kapitan la .

 

Black with Shaiful Rizal during our TT at Kapitan, Penang

Black with Shaiful Rizal during our TT at Kapitan, Penang

 Sempat la borak-borak kejap sebelum SR nak bertolak balik KL. Lepak-lepak makan roti canai (2 bijik tuh ! bila mau kurus?) , layan shoot anak Black, Uwais pastu hantar SR balik hotel then aku pon balik. Sampai rumah mertua, terus flat tertido di siang hari. Hahahahaha

 

Uwais, the youngest member during the CNY photo hunting

Uwais, the youngest member during the CNY photo hunting

 

Where is my daddy ?

Where is my daddy ?

Petang tuh, sempat aku melayan family aku berkelah kejap. tempat feveret. Gambar di atas sekali is one of the pic yang aku dapat masa menemani family mertua aku berpicnic. And pic below is anak ipar aku. Nur Sofie Arissa.

 

Nur Sofie Arissa ( again )

Nur Sofie Arissa ( again )

I think that’s it la kan. Ada album perlu di siapkan, ada assignment tang perlu di habiskan ujian yang perlu di ambil dan ada buku yang perlu dibaca. Ohhh banyak nya kerja …

Esok ’study group’ bersama kengkawan. Ohh bencinya Termodinamik !

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Jan 21

Banyak lagi rupenye, tu je yg terpikir. Ahhh tidak. Walau macam mana pun kena siapkan secepat mungkin gak. Kepada semua pelanggan usah kuatir, saya sedang bergelumang dengan photoshop sepanjang masa bagi memastikan album anda siap.

Gambar di atas merupakan preview daripada sebahagian pengantin yang album mereka sedang dan akan berada dalam proses pembikinan. Susunan di atas juga bukanlah mengikut susunan aturan proses editing. Kesemua pic diatas sekadar sevagai preview kepada pasangan pengantin bahawa gambar mereka dalam proses pembikinan.

At this point I am thinking to go further step. Masih dalam proses perancangan. InsyaAllah doakan semua berjaya.

Terpanggil nak tulis sedikit tentang satu perkara. Even pada asalnya memang malas nak komen pasal benda ni,pasal aku dah malas nak layan si luncai terjun dengan labu-labunya, but since dah ada yang asyik tanya “hang ke ?” , so bagi menjawab semua soalan mereka-mereka tuh. Better aku bersuara “sikit”.

Ok, alkisahnya bermula apabila ada seorang hamba Allah membuat posting di page beliau tentang luahan rasa hati dirinya yang “KUNONNYE” frust sebab ada photographer yang “KUNONNYE” la secara umumnya cuba menjatuhkan diri beliau yang “KUNONNYE” hebat. Di dalam web beliau dinyatakan bahawa orang yang cuba menjatuhkan dirinya yg “KUNONNYE” hebat tuh sedang bekerja di universiti tempatan.

So, di sebabkan hubungan saya yang “agak-agak mesra” dengan penulis ni, dan disebabkan saya juga bekerja di universiti tempatan, maka ramai la yang mula YM bertanya ” hang ke mamat tuh ? “

Ok, this is the answer, even aku tak da terasa sedikit pon bahawa aku yang dimaksudkan, pasal aku haram tak pernah teringin nak belajar dari orang yang “KUNONNYE” hebat macam diri beliau, tapi aku jawab la juga kan, pasal ramai dok tanya.

BUKAN AKU ! di ulangi dengan echo : ” BUKAN AKU..aku..aku..aku…. “

Seriously aku sendiri pon tatau sapa yang dia maksudkan. Even aku sendiri pon malas nak amik tau dah pasal dia ni. So , kalo hampa semua nak tau, sila tanya sendiri. OK ? di ulangi, sila tanya dia sendiri .

Aku takda kena mengena dengan drama sedih pilu hembusan bayu pagi di ufuk timur lebuhraya utara selatan ini. 

Harap Maklum, and stop asking that question !

* kalo hampa tau sapa mamat yang bekerja di universiti tempatan tuh, tlg bagitau aku ye. nak ucap “welcome to da club” . Hahahahaha

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Jan 12

 

Nikon D3 + Nikkor 50mm, f1.4

Nikon D3 + Nikkor 50mm, f1.4

My lenses dah sembuh semula, Thanks to Mr. Heng, excellent job. Amat berpuas hati. Lepas ni azam takmo bagi kena fungus lagik. Keh keh keh. 

Another 2 album delivered last last Saturday, hope this week 3 more and hopefully by end of February 2009 bleh settle 2008 nye demand. 

Last Saturday, sempat singgah di sesi Pre-Wedding photoshoot of Desa & Che Yah. Ikutkan hati memang nak join dari mula, but lambakan album yang menunggu untuk di siapkan, so terpaksa berkorban. Sempat singgah petang je, tu pon di sebabkan ada urusan area sana. 

Pic pre-wed tuh aku tak bayak shoot pun. banyak tengok and sembang-sembang je. Ramai gak yang turun, hopefully Desa got a superb series of his pre-wed collection la nanti. Beruntung Abe Desa. So pic pre-wed kasi orang lain la yang up. Kan ?

At the same time, sempat menggunakan Nikon D3 milik Hadzley Harith. I will never sia-sia kan peluang untuk try this high-end of camera bila diberi kesempatan. Thanks to Hadzley Harith. As we all know Nikkor D3 is one of the full frame format camera yang popular. Tak dinafikan memang menjadi idaman aku untuk pakai FX format ni.

Actually this is not the first time aku testing Nikon D3, and sebelum ni pun aku dah test another FX format camera milik Shaiful Rizal, Nikon D700. Memang aku tak dapat menolak “rachun” penangan FX nie. The kick yang aku tak dapat nak describe in words. 

 

My wife, shoot using Nikon D3 with 50mm f1.4

My wife, shoot using Nikon D3 with 50mm f1.4

Pic above was shoot by me using Hadzley Harith’s Nikon D3 camera with 50mm, f1.4 lens. Nak kata original file, not la. This pic dah melalui beberapa proses ‘minor’ editing and enhancement. Apa yang pasti editing yang sama jika dilakukan kepada gambar dari kamera D70s aku ni, kompom takkan jadi. 

Ntahla, somehow aku amat tertarik dengan warna yang dihasilkan. just some minor editing dah boleh memenuhi citarasa aku. No wonder la this camera price is around hampir RM15000.00 ! . 

Some people say, “perlu ke pakai FX or high-end body untuk setakat wat wedding je?”. For me, tak perlu pon kalau setakat wedding yang kita wat profitnye tak sampai pon RM1000.00 per wedding. D40x pon dah bleh hasilkan pic yang bagus kalo kita pandai guna.

But, its all about kepuasan. Aku sendiri tak dapat nak cakap macam mana perasaan tuh. Sama juga pada mereka yang suka pakai high-end car like Ferrari kat jalan yang sempit and speed limit 80km/j di Malaysia. For sure takda point pon pakai keta sebegitu kat sini, but if dah mampu and if dah memang minat, cost doesn’t matter lagik dah.

Tapi aku tak mampu pon lagik, kah kah kah ….. 

 

Same shot but differ editing

Same shot but differ editing

After terlihat Vincent Laforet pic dalam post Fish Eye View, aku teruja nak cuba wat ala-ala macam dia. For sure takkan dapat macam dia. But just sekadar cuba-cuba.

Wishlist 2009, FX format camera. But for now, AKU SAYANG D70s AKU !

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Jan 2
Image after editing

Image after editing

Distraction dalam imej sememangnya akan mengurangkan impak kepada sesuatu objek yang ingin kita sampaikan di dalam sesuatu gambar. Tak dinafikan kadang-kadang kita terlepas pandang perkara-perkara remeh atau kecil di sekeliling kita semasa kita tengah asyik menekan shutter. Kadang-kadang juga keadaan yang memerlukan kita bertindak sepantas mungkin akan menyebakan kita terlupa perkara-perkara basic ini.

Tapi ada kalanya perkara kecil ini yang akan jelas kelihatan cacatnya dalam penyampaian kita. Kali ini kita lihat apa yang di maksudkan dengan “distraction”.

Gambar diatas adalah gambar yang telah diolah sepenuhya. Pada asalnya gambar tersebut adalah seperti dibawah :

Original image with distracting object

Original image with distracting object

Cuba lihat dibelakang kanak-kanak ( Nur Sofie Arissa ) , tersebut. Jelas selipar beliau mengganggu gambar tersebut. Sekali pandang mata kita akan terus tertumpu pada selipar berkenaan. Itu yang dinamakan distraction.

Perkara sebegini selalunya ditangani dengan menghantar gambar ke “kedai foto” a.k.a Photoshop. Dalam proses membuang selipar seperti gambar pertama, saya menggunakan stamp tool dan juga liquify. Yang lain-lain sekadar enhancement saja. Pada saya penggunaan 2 tool ini tidak boleh dipelajari dengan cara lain selain daripada practice, practice and practice.

So selamat mencuba dan praktis selalu .

* Model cilik diatas merupakan anak saudara isteri saya yang merupakan anak kepada kakak ipar saya dan juga biras saya yang mana cucu kepada mertua saya.

** Entry di atas agak tidak relevan jika anda bercita-cita menjadi seorang jurugambar REUTERS, AFP mahupun photojournalist.

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Dec 29

 

The Olive-backed SunbirdCinnyris jugularis, also known as Yellow-bellied Sunbird and formerly Nectarinia jugularis, is an Asian sunbird.

The sunbirds are a group of very small Old World passerine birds which feed largely on nectar, although they will also take insects, especially when feeding young. Their flight is fast and direct on their short wings. Most species can take nectar by hovering, but usually perch to feed most of the time.

The Olive-backed Sunbird is common across southern China to the Philippines and Malaysia down to northeast Australia. They are small songbirds, at most 12cm long. The underparts of both male and female are bright yellow, the backs are a dull brown colour. The forehead, throat and upper breast of the adult male is a dark, metallic blue-black.

Originally from mangrove habitat, the Olive-backed sunbird has adapted well to humans, and is now common even in fairly densely populated areas, even forming their nests in human dwellings (see [1] or [2]).

The birds mate between the months of April and August. Both the male and the female assist in building the nest which is flask-shaped, with an overhanging porch at the entrance, and a trail of hanging material at the bottom end.

After building the nest, the birds abandon the nest for about a week before the female returns to lay one or two greenish-blue eggs. The eggs take a further week to hatch. The female may leave the nest for short periods during the day during incubation. After the chicks have hatched, both male and female assist in the care of the young, which leave the nest about two or three weeks late.

 

Sumber : Wikipedia

———————————————-

This bird aku shoot pagi tadi, sewaktu tengah tunggu my family inlaw buat some preparation. This bird bermain-main kat kereta aku. So aku pon amik chance hendap and take a shot. Pada mulanya aku sendiri tak pasti in burung apa. Sampai la my Biras cakap Burung Kelicap. Then aku balik and google dari wikipedia rupanya ini adalah Burung Kelicap Bukit atau nama saintikfiknya , Nectarinia Jugularis.

Seronok juga bila dapat shoot burung nie. 

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Dec 26
My wife during my portraiture shooting practice at Tasek Gelugor

My wife during my portraiture shooting practice at Tasek Gelugor

I will doing my 2nd blood test in a month this Tuesday. Hope kali nie the result is better than before. Already make an appointment  with the doc. Honestly agak susah nak menjaga pemakanan, and teramatlah susah bagi aku nak mengamalkan cara pemakanan sihat ni. Sebenarnya maybe tak susah bagi mereka-mereka yang dah memang dok selalu amal. But buat kaki melantak macam aku ni, memang rasanya susah sikit. Tambahan pula sekarang nie musim wedding, of course la aku attend kenduri kendara, kalo tak sebagai guest pon for sure dah sebagai photographer. So takkan la masa kat kenduri aku nak minta nasi putih dengan sup sayur kot ? kan ? So , bedal je la, jadi secara averagenye this month mesti 2 kali seminggu. Ha Ha Ha … Hopefully Dr. Menal didn’t found this blog. ::smile::

Tak sangka plak lagu Tanya Sama yg menjadi lagu kat blog nie menjadi tumpuan and perhatian ramai. Ada yang YM, E-mail and PM untuk minta lagu ni. Honestly saya sendiri takda lagu nie. Aku just streaming dari imeem.com jek. Kalo sesapa ada mp3 lagu ni, aku pon nak. Cuba la tanya owner lagu tuh, maybe dia ada. Takpun sesapa yang terre RIP dari web imeem.com, sila la berbuat demikian. But, it really cute kan ?

Tomorrow I am covering a quite big event. Hopefully semuanya berjalan lancar. Sampai sekarang belum tahu how I am gonna shoot them yang menaiki beca few kilometer dari khemah pengantin. Just do the best esok.

So , nak tido awal malam nie. Perlu bekerja keras esok hari. Selamat Malam pembaca.

Hafiz

www.pesonasenifoto.com 

« Previous Entries