Sep 16

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=85frpog3dsw[/youtube]

Selamat Hari Raya Aildilfitri – Maaf Zahir Batin

Tahun ni takda kad raya, takda design poster raya and takda pos apapa greeting card. So sebagai pengganti tahun ni buat video text raya. Enjoyyyy !!

Tahun ni pagi raya berada di Tasek Gelugor, then lepas solat raya terus ke rumah mertua di Sungai Nibong, then terus ke rumah saudara di Kg. Dodol. After that terus berkampung di Teluk Bahang untuk beberapa hari. So sesapa yang berada di Teluk Bahang or di kawasan-kawan yang sekitarnya, calling-caling la. Bleh beraya bersama.

Oleh kerana post ini is post ucapan raya. So better tak payah berceloteh panjang. Tonton saja video tu.

Hati-hati semasa memandu nanti ….

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Sep 7

Enhanced

Edited Image

Original Image

Original Image

Facial touchup atau facial enhancement sememangnya dah menjadi satu kemestian dalam fotografi terutama dalam wedding, fesyen and portrait photography. Selalu kita melihat katalog-katalog kecantikan yang memaparkan wajah jelita artis atau model yang gebu abis. Tapi tahu tak anda itu semua hanya trick photoshop ?

Many people ask me how I touchup my image. Honestly there is no exact step to do it. Just follow the instinct yang lead me until the end product. The tools ? hurmmmm.. ini part paling susah. There is no exact tools yang kita akan pakai. Guna aje ape yang dirasakan perlu ketika itu.

Makeover memang dah terkenal di negara barat and mereka mempunyai artist makeover yang memang gila-gila terrer nye. Ada yang very detail sampai satu line pada muka pon dia perasan. Di Malaysia ada gak yang power-power tapi kebanyakannya mendiamkan diri aje. Hanya dapat dilihat  hasil mereka di buku-buku ataupun di website mereka sendiri. Siapa ? cari sendiri .

Imej di atas adalah salah satu contoh BASIC facial enhancement. So today i gonna share with everybody the step in making it and also to show that there is “NO EXACT STEP” in making this image. But if u understand your tools, u might know the idea. So just play the video below.

I just edit some color, remove all the line, add some skin texture, put some lip gloss, kuruskan bahagian pipi and mulut, doing some dodging and burning and walllaaaaaa …

Credit to Scharewl Concept fot the original image

So , enjoy guys….. Selamat Berpuasa….. Hurmm… whats next ?

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Aug 11

Gala Dinner 2009

Fuhhhh … banyak benda nak cerita hari ni, and kena cerita hari ni gak pasal esok dah mula sibuk kembali. Di mana nak mula ?

FMDC Gala Dinner – Tahniah buat geng Fotologi Sdn. Bhd. kerana berjaya menganjurkan juga FMDC Gala Dinner untuk FMDC Northern Region on 08.08.09. Sempat berjumpa beberapa rakan-rakan baru yang aku tak berapa nak ingat. Rakan-rakan lama masih ada lagi, Daiyo makin sihat, Desa sudah menunjukkan perkembangan menarik, Azryshah pon semakin sihat, senang cerita semua orang makin sihat. 

Nak say thanks juga kepada geng FMDC yang masih ingat my Anniversary haritu. Actually that day is my 1st Anniversary. Thanks also to my wife atas very surprising present on that day. Hadiah daru aku plak ? Tanya dia sendiri. Hahahaha .

Sorry to FMDC kerana lepas dinner tak dapat join TT lagi coz terpekasa bergegas pulang kerana perlu bertolak ke KLIA nak menghantar adik aku keesokan paginya. So balik rumah terus then cuci keta , tup tap tup tap dah pukul 2 pagi. Huhhh … tido.. tido …

Seawal pagi aku ngan family bertolak ke Sepang menuju ke De Palma Hotel untuk chek-in. Sampai di sana around 1.30pm. Memandangkan flight adik aku malam so aku ngan adik-adik aku yang lain decide nak jenjalan ke Putrajaya. So on GPS pastu terus menghala ke Putrajaya. Round-round kat Mesjid, solat, amik gambar then terus ke KLIA coz family aku yang lain dah bertolak ke sana.

Putrajaya + Genting + Colmar

Putrajaya + Genting + Colmar

Sampai KLIA, jenuh juga la aku dok menunggu adik aku ni dengan taklimatnya, bla bla bla. Aku round-round menghabiskan duit kat sana sambil ngutuk benda semua mahal. Parking kejap pon dah RM12.00 !! huhhhhh ! Belum kira minum sampai 70 hengget abis ….. gatal sangat nak makan … kan dah kena .. kah kah kah.

Dalam pukul bapa ntah, aku lupa dah adik aku dah nak berlepas, so sempat makan+posing sebelum dia berlepas.

Putrajaya + Genting + Colmar

My sis berlepas ke Iowa State University di USA untuk menyambung pelajaran beliau dalam bidang Biokimia. She is now 18 years old and hopefully dalam 2 tahun lagi akan tamat pengajian di USA tuh. Alamatnya dia akan graduate dulu dari aku ngan sorang lagik abang dia (adik lelaki aku) yang di Al-Azhar, Egypt tuh. Memang express rakyat betul minah ni.

Putrajaya + Genting + Colmar

Dah abis part ngantar adik aku, keesokan harinya dah alang-alang aku ada kat KL. Then di tambah plan kami masih tak sempat nak berhoneymoon sejak kawin and kebetulan our 1st anniversary so aku decide untuk jalan semua sekaligus. Masih aku ingat masa aku nak gi honeymoon dulu and aku terpaksa batalkan cuti aku pasal aku terpakasa berkursus and then after reschedule aku nya cuti, aku sekali lagi terpaksa cancel coz terpaksa menghadiri temuduga jawatan baru (jawatan aku sekarang). So then aku decide untuk batalkan honeymoon, and sejak itu aku sibuk and tak ada peluang lansung nak bercuti or honeymoon.

Di sebabkan my wife dok bersungut sangat nak ke Genting Highland sebab tak pernah sampai katanya, so aku decide untuk bawa dia ke sana. But malangnya dia tak leh nak main theme park becoz kami pergi bertiga. Sape ? Pesona’s Junior yang kat dalam perut tuh. So, pegi melawat aje la.

So aku bawa aje my wife melawat Gudang Ripley’s kat sana. This is my 4th time ke Genting and the 3rd time aku masuk Ripleys ni. Dah bleh hafal dah apa yang dia tunjuk.

Putrajaya + Genting + Colmar

Putrajaya + Genting + Colmar

Lepas di genting that morning sampai evening, kami bertolak ke Bukit Tinggi untuk bermalam di sana. Ini pon kali ke tiga dah aku sampai. But dah disebabkan my wife tak pernah sampai, so aku pegi jugak ler. Nothing much to say, just enjoy some pic. Ada banyak lgik tapi malas nak upload.

Putrajaya + Genting + Colmar

Putrajaya + Genting + Colmar

Putrajaya + Genting + Colmar

Japanese Park

Putrajaya + Genting + Colmar

Dalam pukul 2.00 pm macam tuh aku bertolak pulang ke Penang dari Bukit Tinggi, anda sampai kat umah aku around pukul 6.00pm. Sempat jugak aku ke opis mengambil barang-barang aku yang baru sampai. Jarang aku print item sebanyak ini.

My Print

Tak ku pasti, sama ada Nae perasan atau tidak gambar wife and his daughter pon ada dalam frame di atas. Those giant print 30×20 inch printing of KKSSK di Puncak Kinabalu will be available soon, so sapa yang berminat sila kontek aku aku nak collect nama and print sekali saje.  Yang di atas tuh is for KKSSK. 

Lepas nie aku kena pikirkan satu benda, how aku nak gantung all that frame dalam rumah aku. Hurmmmm … I am imagine my wall of fame now. Hahahaha

Harini amat letih, aku hendak rehat, hendak tidur …… esok sudah mula bekerja. Ohh tidak lupa juga, esok sudah mula bermain tennis kembali. Kah kah kah

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Aug 6

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=mU3snQxZQ4o&feature=player_embedded[/youtube]

Kepada mereka yang ingin membeli Komputer maupun Komputer Riba, mari lihat iklan ini.

p/s : Semakin banyak kelihatan gigitan Epal di jalanan sekarang nie. **lol

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Jun 28
Transform !
icon1 admin | icon2 Uncategorized | icon4 06 28th, 2009| icon32 Comments »

Her Eyes

Sekarang semua pakat sibuk nak tengok Transformer : Revenge Of The Fallen. Tadi siang (semasa post ini ditulis, jam sudah 3.10 am) aku sempat bawa wife aku ke Sunway Carnival after my class dibatalkan for tonight. So sempat ler nak merehatkan diri after non-stop of work. 

Sampai je area pkl 7.00pm, dah memang ramai orang depan wayang. Ingatlan movie yang aku nak tengok takde la ramai pasal shownye pukul 9.00 pm Sekali check bukan tinggal 3 seat je yang ada, itupun seat yang paling depan. Cuba plak untuk show pukul 12.00 malam, pon sama, 3 seat paling depan aje available. Nak tak nak kena la amik gak show pukul 9.00 tuh. Mase check online diorang tak kasi lak order, aku tak tahu nape. Bila datang kaunter inilah padahnye.

Seperti yang dijangka, Transformer 2 memang best. Even jalan ceritanya agak blur sikit kenkadangnye and personally aku rasa jalan cerita yang pertama lebih baik. Tapi actionnye memang syok abis. Masih teringat aku satu scene yang aku amat suka anglenye, time Megan Fox meratap heronye selepas terkena bom semasa nak menyelamatkan Optimus Prime. Angle kamera dari atas helikopter and angle dari bawah menampakkan Megan Fox bersama helikopter di atasnye. Ntah nape aku suka sangat angle tuh.

Lepas balik dari Sunway Carnival tetiba terpikir satu idea nak shoot. Terus planning and terus suruh wife aku pose sebaik sampai di rumah. And hasilnye as above lah. Shot using 2 unit of SB600 + 1 unit of SB800. All flash trigger by Phottix.

Apepepun Megan Fox really HOT ! Tapi seHOT mana pun dia aku tetap menghadapi masalah yang aku tak dapat nak selesaikan sampai sekarang walaupun kereta aku dah berwajah baru .

Aku tak tahu macam mana nak tukarkan kereta aku jadi BUMBLE BEE !!! Korang tahu camne ?

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Dec 28
Revisit
icon1 admin | icon2 Uncategorized | icon4 12 28th, 2008| icon3No Comments »
Along Mikagami & Ayarx looking for the best shot during sunset at Anisani Village

Along Mikagami & Ayarx looking for the best shot during sunset at Anisani Village

Aku flat dihari ini. Sib baik hari ni takda shooting. Tapi nak balik kampung lak. Kalo la aku ada driver, sure best. Bleh aku duduk belakang tido, sedar-sedar sampai je kampung. Semalam aku rasa berat badan sure turun sikit, pertama kali cover wedding yang kena berlari a few kilometer. Nanti aku wat entry khas pasal wedding nie.

Pas shoot bawak diorang gi makan kat Anisani Village. Kebetulan lak Ayarx pon ada shoot kat Parit Buntar, so aku ajak dia sekali. Sampai je semua teruja dengan view sunset dari atas bukit. Lepas order abis ditinggalkan semua barang pegi shoot dulu. Aku tengok-tengok gak kot-kot ada ahli Anisani Village yang komen kat blog ni menegur, tapi takda pon nampak. Aku nak tegur lagik la aku tak kenal. Maybe he/she lebih suka menjadi someone yang mystery. 

 

Me and Along Mikagami giving the "super power" pose during Elias & Jas outdoor photoshoot
Me and Along Mikagami giving the “superpower” pose !

Outdoor Elias and Jas berlansung di Hutan Lipur Bukit Panchor. Along cakap tempat tuh best utk outdoor sampai dia nak booking tempat tuh kalo dia kawin nanti. Hahahaha .. Apa yang best aku pon tatau. Semalam lupa nak bawa seluar and baju untuk mandi. Kalo idak bleh mandi sama. Pengantin pon sporting, thanks to Elias and Jas.

 

My wife with our new uniform
My wife with our new uniform

Semalam we are shooting with our new uniform. Memang dah niat nak bagi kat sapa yg join semalam. So sapa yang join semalam dapat la baju tuh. Yang tak join takleh kata apa le, melepas le. Hehehehe. Kalo idak leh dapat baju free.

Tak ada dalam gambar is Zamerul. New guy in photography world. Tapi bersemangat nak belajar. 

Er,, .. nak mandi , mahu balik kampung.

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Nov 30

 

Hairi & Ana at Bukit Merah Laketown Resort

Hairi & Ana at Bukit Merah Laketown Resort

Fuhhhh ….. flat gila arini . Bukan disebabkan flat sebab shoot. Tapi something else. Hari ni aku flat disebabkan aku diserang sakit perut. Ni pertama kali dalam sejarah aku shoot wedding kena serang something like “keracunan makanan” kot. 

But taknak matikan mood pengantin, gagah juga buat sambil muka senyum kambing. Sib baik pasangan kali ni pon sporting, Hairi & Ana really sporting.

Pertama kali juga aku masuk Bukit Merah Laketown Resort nie. Salute kat pengantin pasal berani nak pose depan orang ramai walaupun time aku shoot semua keliling dok tengok. Cayalah !

 

Hairi & Ana at Bukit Merah Laketown Resort

Hairi & Ana at Bukit Merah Laketown Resort

My SB800 dah dapat, Alhamdulillah ….. Lega satu bab , lepas nie nak kena repair semua SB600 yang ada. takpun nak convert je semua SB600 ke SB800. Cheewah… macam banyak duit . Ptuuuihhh …..

Jam dah pukul 11.50pm, my wife pun dah tertidur sambil peluk Macbook tadik. Mementang dia ajak tido aku cakap jap gi. Di gantinya aku dengan Macbook ….. Cheeehh …….

 

Hairi & Ana at Bukit Merah Laketown Resort

Hairi & Ana at Bukit Merah Laketown Resort

Selamat Malam Malaysia !

Hafiz Pesona

www.pesonasenifoto.com

Nov 29

 

Mal & Liza with their friends.

Mal & Liza with their friends.

Adus..unlucky betula aku this week. My 3 unit SB600 in trouble. Satu tuh dah bebetul blow rasanya, terus tak nyala. Lagi dua lak macam menunggu hari je, asal bounce ke belakang takmo nak fire. Rasanya memang tak tahan lama le SB600 ni or aku nie je yang pakai tak betul. Teringat kata An Snapsyndicate, “ang pakai speedlight wat torchlight kot ?” Hahaha …

So alternatif terakhir is terpaksa order the new speedlight. Puas juga aku mencari SB800 memandangkan aku just perasan semua SB600 aku tuh problem semalam and today aku ada job. Hampir semua kedai kat Penang aku call cakap out of stock. Then nasib baik la Along Mikagami ada extra speedlight. Dapat aku pinjam untuk job today. But I have already order the new SB800 and will get it tomorrow. So everything back to normal. Huhhhh… modal.. modal….

Now, baru lepas mengupload gambar wedding siang tadi. Kena ke Taiping kali ni. Dalam hati dari pagi tadi asyik dok berharap jangan hujan je bila ada wedding di Taiping nie. Maklum la tempat hujan paling tinggi di Malaysia.  Nice coule, ramah and cukup mesra. 

On the way ke Taman Tasik untuk sesi outdoor, sempat cakap kat pengantin. “Taman Tasik Taiping nie tempat favourite photograher untuk shoot outdoor, silap-silap nanti leh terserempak ngan member-member saya”, and guess what ! Tengah asyik shoot pengantin aku di sapa oleh Daiyo, An and dua orang lagi yang aku lupa lak nama. But yang aku tahu semua ni dari Snapsyndicate. Apapon sorry geng, tak sempat nak layan.

 

Mal & Liza outdoor shooting di Taman Tasik Taiping
Mal & Liza outdoor shooting di Taman Tasik Taiping

Pukul 10.36 pm now, nak ke opis jap … Babai …

Hafiz

www.pesonsenifoto.com

Nov 23

Ye aku tahu. Mungkin dah basi pun cerita ni, Tapi apa bleh buat, dah sebab berjanji ngan kawan-kawan nak upkan juga pic annual mini reunion mashoor, so aku tunaikan jugak hari ni .

Event berlaku 2-3 hari sebelum raya, ini lah aktiviti kami ex-SMKA AL-Mashoor (L) P. Pinang bath 1995-1999, Mini Reunion and Majlis Berbuka Puasa. Cuma tahun nie agak special sikit kerana berlansung 2 hari satu malam. Kebetulan aku baru berkahwin, and ini isteri kena tinggal stay kat kampung. Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan…. rite ? hahahaha

Sesi tahun nie bermula dengan lawatan ke rumah salah sorang daripada kawan kami, yang mana saat entry ini ditulis beliau sudahpun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Mesjid Jelutong. Tak sangka lawatan kami pada hari tersebut merupakan lawatan terakhir buat allahyarham.

Kemudian semua berkonvoi meneruskan perjalanan ke The Village Mall, Sungai Petani untuk berbuka. Macam biasa, setiap tahun bukan acara makan yang dinantikan pun, sekadar nak berjumpa dengan kawan-kawan sambil merobek kisah lama. Alih-alih bebuka di kedai mamak dekat-dekat situ je,

 

Suasana sekitar majlis berbuka

Suasana sekitar majlis berbuka

Lepas dah abis makan, semua lepak di The Village Mall untuk solat Magrib diimamkan oleh pegawai KAGAT, Aswad. Then makan lagik kat The Daily Fresh, Mat Napi sekarang dah jadi salah sorang tokey kiosk The Daily Fresh. 

 

Kedai kisk The Daily Fresh kepunyaan Mat Napi di The Village Mall, Sungai Petani.

Kedai kiosk The Daily Fresh kepunyaan Mat Napi di The Village Mall, Sungai Petani.

Lepas semua dah kenyang melantak, perjalanan diteruskan ke resort terapung di Teluk Bayu, Actually ada gambar, but disebabkan semua malam tuh terlalu lah sexy, so better aku tak upload la gambar, nanti bini hampa marah aku plak. Satu-satunya gambar yang melepasi lembaga penapisan is ini :

 

Firzal a.k.a Toro termenung memikirkan ikan yang belum berjaya dipancingnya.

Firzal a.k.a Toro termenung memikirkan ikan yang belum berjaya dipancingnya.

Semalaman di sana dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, ada yang memancing, ada yang memasak, ada yang …………. 

Aku tido around pukul 6.15 pagi and bila bangun dah ramai yang balik. Yela ada yang kena kerja, ada yang kena buka kedai. Kami balik area pukul 12.00 tengahari .

 

Permulaan perjalanan balik

Permulaan perjalanan balik

Masa memula bot tu sampai aku macam tak berani nak naik pon ada, pasal yg handle bot tu rasanya bebudak baru umo awal belasan tahun. Yang sorang tuh kompom aku rasa bawah 12 tahun. But memandangkan aku takda alternatif lain aku naik juga. Anyway semua orang tak takut pon, kenapa aku nak kena takut ? kan ? hahahahah .

 

Semasa perjalanan pulang dari resort terapung ke tanah besar.

Semasa perjalanan pulang dari resort terapung ke tanah besar.

 Overall, this year event is different form before. Thank you and tahniah kepada penganjur. Tahun depan kita wat lagik, tapi aku tak pasti tahun depan semua orang akan ada lagi ke idak ? Harap-harap la ….. kan ..?

 

Group photo antara mereka yang masih tinggal hingga akhir program

Group photo antara mereka yang masih tinggal hingga akhir program

Jumpa lagi tahun hadapan . 

Hafiz

www.pesonasenifoto.com

Nov 21

Saya & Isteri ketika menganjurkan Photojournalism Talk bersama Zainal Abdul Halim pada 08 November 2008 di Hotel NAZA, Tanjung Tokong, Penang

Saya & Isteri ketika menganjurkan Photojournalism Talk bersama Zainal Abdul Halim pada 08 November 2008 di Hotel NAZA, Tanjung Tokong, Penang

Assalamualaikum wbt…..

Terus terang saya katakan , blog ini sekadar menceritakan suda duka saya bersama isteri dalam kehidupan . Sekadar menjadi diary bergerak kami di alam maya .

Terdetik di hati juga untuk terus menulis di lama rasmi Pesona Senifoto (www.pesonasenifoto.com) sahaja , Namun setelah mengambil kira beberapa pendapat peribadi rakan dan mereka yang terdahulu lebih berjaya dari saya, jadi saya asingkan hal peribadi serta nukilan perjalanan hidup ini dengan urusan perniagaan .

Lahirnya Journey sebagai sub domain kepada Pesona Senifoto adalah di inspirasikan daripada saya dan isteri yang mana kami merasakan terlalu banyak perkara indah berlaku dalam diri yang boleh diceritakan dan di jadikan sebagai satu diari kehidupan kami . Ada suka , ada duka , ada kegagalan dan ada kejayaan . Kami ceritakan dan berkongsi bersama . Mungkin boleh dijadikan pembakar semangat , mungkin boleh dijdikan juga sebagai bahan hentaman atau kritikan kepada kami . Ye , kami suka dikritik , itu menjadikan kami lebih baik hari pada esok dan semestinya lebih bagus dari hari ini

Mungkin ramai yang beranggapan jua , kenapa perlu diceritakan perjalanan hidup peribadi ? Saya tidak bercerita kepada anda , saya bercerita kepada diri saya sendiri . Ini adalah diari hidup kami . Jadi anda dijemput membaca , jika berminat . Jika tidak , tutup saja window ini .

Insya Allah , blog ini tidak akan menggunakan gambar editing yang ekstrem , sekadar gambar untuk bercerita . Sekadar gambar untuk bersuka dan sekadar gambar kenangan kami .

Semoga diari ini akan kekal dan semoga saya juga akan rajin . Hahahaha …

Salam dari saya ….

Hafiz Pesona Senifoto