Sep 23

Today, I am so super duper double triple happy mom ! Sebab ?

Harini genap umur Iman 1 tahun 6 bulan.

Masa on the way Ibu tengah drive hantar Iman ke rumah babysitter :

Ibu : I-i MAN-man
Iman : EMMMAN !
Ibu : I-i BU-bu
Iman : EEBU !
Ibu : A-a YAH-yah
Iman : AIYYYAH !

Oh my ! As i know, baru sekali ja Ibu ajar Iman kecuali ejaan nama Iman but now u already know how to say it right.  I’m so suprise ! I’m so happy ! I’m so proud of you ! I’m so thankful to Allah ! Seriously, rasa macam nak nangis pun ada sebab sangat terharu and happy.

Family | Shah Alam - KL

Ibu doakan semoga Iman membesar menjadi seorang anak yang soleh, bijak, cerdas, cergas dan dapat membanggakan Ibu dan Ayah :)

Syukur Allah, untuk anugerah yang terlalu bernilai ini. Ibu love you so much, Iman sayang !  :)

Regards,

Nur

www.duniapesona.com

Aug 19

Liverpool vs Malaysia

Demam Bolasepak – Itu aja yang mampu dikatakan tentang kondisi terbaru Malaysia dalam bulan Julai ni. Dari Asia Tour yang melibatkan pasukal EPL seperti Arsenal, Chelsea dan juga Liverpool hinggalah ke perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia semuanya dekat-dekat belaka.

Suppose aku ada Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) yang berlansung dalam bulan Julai ni juga. But disebabkan alasan “tiada budget” so team tennis tak berpeluang nak beraksi di kejohanan tu. But atas inisiatif sendiri Dr. Ramiza Ramza telah menganjurkan kejohanan tennis 4 penjuru yang lain bagi mengisi ruang kosong tu dan antara team yang join is TT Duta, Putrajaya and Bangi.

Bila ayah outstation, si ibu pun sibuklah nak ikut, and dah alang-alang ikut terus bawa sekali ngan mertua ke sana. Kami bertolak jam 08.00 am dari rumah and sampai hampir pukul 02.00pm di area Masjid Negara and Muzium Negara. Memandangkan my mertua pun ikut sekali so i decide nak bawa diorang jalan-jalan di muzium negara sebab diorang ni memang suka dengan benda-benda sejarah ni.

Family | Shah Alam - KL

Elok sampai my hero masih tido. So kalau nak tunggu dia bangun ntah tak tahu bila I bring aje lah dia dukung. Stroller memang tak bawa pasal bukannya datang naik lori nak boleh muat bawak semua benda yang ada. Tempat pertama aku lawat is muzium orang asli, and pic above is while aku sedang menonton sesi melahirkan anak oleh orang asli. Memang ngeri. Syukurlah kalau korang dapat bersalin kat hospital even macam-macam korang komplen pasal hospital kerajaan bila bersalin.

Family | Shah Alam - KL

Tak sempat apa, then budak kecik my hero ni pun dah bangun, and once dia dah buka mata dia keja nak berkawat aje lah. Dalam satu bahagian sejarah Melayu, ada patung budak perempuan, wahhh bukan main ligat Iman nak turun main ngan patung tu. Below is a few picture masa jalan-jalan dalam Muzium Negara.

Family | Shah Alam - KL


Family | Shah Alam - KL

Family | Shah Alam - KL


Family | Shah Alam - KL

The next day after my tournament aku bergegas ke Stadium Nasional Bukit Jalil nak cover game bolasepak antara Malaysia menentang Liverpool FC. Liverpool FC ni dalam kempen Asia Tour mereka and pada mulanya aku plan aku sorang je nak pegi cover game ni, but dah alang-alang family aku ada sekali aku bawa la diorang sekali. Beli tiket pun last minit. Thanks to Acham yang banyak membantu aku last-last minit ni.

Liverpool vs Malaysia

So pic bola malas la nak upload banyak-banyak as kat my Official Website pon dah ada, so upload satu my favorite dah la. Pic above is pic masa 5th goal from Liverpool player, Maxi Rodriguez. Game ni of coz la Liverpool menang 6-3. But it was entertaining la sebab banyak goal.

Liverpool vs Malaysia

Petang tu memang stadium Bukit Jalil tenggelam dengan lautan merah jersi Liverpool sampai Datuk Rajagopal pun macam frust dengan supporters Malaysia. But in my personal opinion sebenarnya mereka semua sayangkan Malaysia sebenarnya. Cuma mereka memilih memakai jersi Liverpool kerana mungkin itulah masanya yang paling sesuai nak pakai jersi merah tu kat Malaysia ni. Yela, takkan la nak pakai jersi Liverpool masa tengok Malaysia lawan dengan Singapura kan ?

Buktinya juga masa aku di sana, setiap gol yang dijaringkan tak kiralah dari Liverpool mahupun Malaysia semua orang bersorak sakan, in fact sometimes aku rasa masa Safiq Rahim score free kick tu adalah sorakan yang paling kuat pernah aku dengar. Well done Malaysian.

Liverpool game

That is me, right after that game over. Thanks to Najjua Zulkifli for the image.

Disebabkan aku agak lewat tiba haritu so maka aku terpaksa parking kat area stesen LRT Sri Petaling and kebetulan saja nak bawak Iman jalan-jalan naik LRT maka masa balik tu aku and family bawa la Iman naik LRT dari Bukit Jalil tu ke Sri Petaling. Kejap je pun, jadila nak bagi dia exited. HAhahahaha. Asalnya dia tido sebab letih bersorak dalam stadium, tapi masuk ja LRT terus terjaga. Bertuah sungguh.

My Family

My Family

My Family

Keesokan harinya, my wife exited sangat nak pergi ke Aquaria so aku bawak lah diorang pegi ke sana memandangkan mertua aku pun minat bab ikan-ikan ni. But personally aku tak berapa selesa pegi hari tu sebab tooooooo many tourist. So nak menghayati satu-satu benda tu pun tak selesa. Below is a few pic oh them di Aquaria.

My Family

My Family

My Family

My Family

Well that it, update malas dari aku. Bukan malas sebab apa, just sebab ada banyak keja and banyak album nak kena buat. So a very limited time for blogging. But kena buat juga sebab this my treasure untuk Iman and adik-adiknya bila i m gone nanti.

Until next time ….. ehhh dah nak habis Ramadan …. baru nak ucap “Selamat Berpuasa” .. kekekeke

Regards,
Hafiz Pesona
www.duniapesona.com

Aug 12

Actually entry ni dah agak basi. Memandangkan saya amat liat untuk update blog so kali ni saya update kesemuanya terus. Let’s begin with al-kisah oven.

As i said in previous entry, saya memang tak pernah buat kek sendiri atau apa-apa menu yang menggunakan oven dengan sendiri. Saya pula memang suka betul layan channel AFC (Asian Food Channel) kat Astro. Semua terdiri daripada chef-chef tersohor dari serata Asia dengan menu masakan yang walaweh ! And I’m inspired by that channel untuk start buat masakan yang menggunakan oven ni.

Projek 09 | Puding Roti Lembap

Start with Puding Roti. Tengok mat saleh dalam AFC tu buat simple gila and looks yummeh. Then, esok lusa terus google resipi. Saya jenis yang suka cari resipi yang mudah untuk saya mencari bahan-bahan and mudah untuk dibuat adunannya. Zass ! got it ! Print out and simpan. Tapi … eh ! hello … kat rumah mana ada oven okeh ! (Tepuk dahi). On weekend balik kampung, sembang-sembang dengan MIL tanya harga oven, then MIL terus cakap “Nur nak guna oven Nur ambil ja oven mak tu. Mak bukan guna pun. Tak payah susah-susah nak beli.” Dalam hati, yeay ! Mak ! I love u ! Dengan semangat yang tinggi menggunung, zasss bawa balik oven that belongs to MIL.

Esok tu balik kerja terus pergi beli barang-barang untuk buat puding roti. Petang tu jugak saya start mencuba nasib buat ikut resipi dengan harapan percubaan pertama saya menjadi dan sedap. Iman macam biasalah, pass kat encik suami tolong jadi babysitter kejap while saya sibuk bertungkus lumus dengan eksperimen pertama saya. Eceh ! Semangat okeh ! Itupun Iman bukan boleh duduk senang kalau Ibu kat dapur. Mulalah tunjuk perasaan goyang-goyang gate besi pembahagi pintu antara dapur and ruang makan tu sambil menangis paksa kunon dengan harapan Ibu akan simpati lah tu. Ayah dukung pun taknak dah. Kastam lah kan ? Kalut nak tengok apa Ibu buat. Ibu tengok resipi pun dah sampai nampak muka Iman tengah buat muka kesian dalam resipi tu. So, sebelah tangan kiri dukung Iman, sebelah tangan kanan buat adunan sesambil suap kismis kat Iman. Iman terus diam tak bunyi sepatah apa pun bila tengok Ibu dukung Iman sambil buat kerja. Pandai umpan Ibu budak bijak ni. Ayah yang kesian tengok Ibu, umpanlah Iman dengan bahan-bahan yang ada kat situ sambil bagi Iman pegang and last kali dengan ayah sekali kena berdiri terpacak dukung Iman kat situ tengok Ibu buat kerja sampai habis. Disebabkan saya tak reti how nak setup oven, so si hero encik suami lah menjadi buku panduan saya. Hahah ! Malu weh ! Terus masukkan dalam oven dengan harapan ianya menjadi.


Puding Roti Lembap

Masa buat kali kedua untuk MIL, siap kena puji sedap lagi berdas-das dengan MIL. Hihi.

Bahan – bahan :

500 ml susu sejat/segar

8 keping roti (di potong 6)

*4 sb gula halus

*4 sb butter

* 2 biji telur

* 1 st esen vanilla

* 2 sb tepung jagung

2 sb kismis

Cara – cara :

1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.

2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan ke dalam loyang.

3. Taburkan kismis

4. Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit

Projek 12 – Moist Banana Cake

Teringin gila nak buat kek tapi takut tak menjadi so decided to start from the bottom lah which is buat kek yang paling simple and biasa-biasa dulu. Kebetulan pula dalam peti ais ada pisang emas yang mak kasi and dah dekat 2 minggu dok terperap dalam tu. Pling ! tetiba datang idea nak buat kek pisang. Well, hello Mr Google, i need a banana cake recipe please ! Balik kerja, beli barang, sampai rumah, pap ! terus buat adunan.

This time Ayah bawa Iman keluar naik motor sesiap sebelum Ibu start buat adunan. Takut nanti Iman nampak, umpan lah apa pun Iman tetap nak “tolong” Ibu kat dapur juga. Adunan done ! Masuk dalam oven, tunggu masak, mandi manda siap wangi-wangi, keting ! Kek dah masak. wahhh cantik ja surface kek ni menjadi. (dalam hati bangga gila sambil panggil encik suami suruh tengok :p) disebabkan saya ni jenis suka menokok tambah and suka bereksperimen, so saya buat kek pisang tu ada chocolate topping. Well, not bad ! :-)

Moist Banana Cake with Moist Chocolate Topping

Bahan – bahan :

1 cawan butter

2 cawan gula halus

4 biji telur

Secubit garam halus

4 sb susu sejat

6 biji pisang (dilecek)

3 cawan tepung naik sendiri

Kacang wallnut (untuk ditabur)

Cara – cara :

1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur (berselang seli) dan pukul sehingga sebati.

3. Masukkan vanilla, susu, garam dan gaul sehingga sebati.

4. Masukkan pisang dan gaul sehingga sebati.

5. Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati.

6. Panaskan oven pada suhu 180 C dan bakar selama 45 minit.

Chocolate Topping

(tak perlu buat topping pun tak apa sekiranya mahu rasa pisang sahaja dan tidak mahu dicampur dengan rasa chocolate)

1/2 coklat masakan

50 ml susu segar coklat

2 sb butter

(Perlu masak cokolat masakan dan butter secara water bath)

Projek 13 | Chocolate Cheesecake

Untuk entry projek 13 ni actually khas untuk our 3rd wedding anniversary. So, taknak cerita panjang lah sebab pernah cerita pada entry sebelum ini. Kalau rajin nak membaca sila klik saya, 3rd Wedding Anniversary. And the result shown as below.

Chocolate Cheesecake

Cuma my mistake is, saya buat topping tu tebal sangat. Sepapan coklat saya habiskan. Hahahah ! So saya suggestkan lepas ni, kalau nak buat kek ni lagi, saya taknak buat topping dah lah. Lebih terasa cheesenya.

Bahan – bahan :

Chocolate Layer

1 1/2 cawan gula halus

125 g butter

2 biji telur

1/2 cawan serbuk koko dan 1/2 cawan air panas (untuk dilarutkan)

1 cawan susu coklat

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

1 st esen vanilla

Cheese Layer

1 paket cheese Philadephia (kalau nak rasa lebih cheese boleh tambah lagi 1 paket)

100 g gula halus

1/2 cawan tepung gandum

2 biji telur

50 ml air

Cara-cara :

1. Pukul butter dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur (berselang seli) dan pukul sehingga sebati.

3. Masukkan campuran serbuk koko yang telah siap digaul dengan air panas tadi.

4. Masukkan susu coklat, diselang seli dengan tepung naik sendiri dan esen vanilla. Gaul rata sehingga sebati.

5. Panaskan suhu oven pada suhu 170 C selama 15 minit.

6. Bakar adunan chocolate layer selama 20 – 30 minit.

Sementara menunggu chocolate layer masak, boleh mula buat bancuhan adunan untuk cheese layer :

1. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur berselang seli dan pukul sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga sebati.

4. Masukkan air.

5. Masukkan adunan cheese ke atas adunan chocolate layer yang telah siap dimasak.

6. Bakar selama 40-45 minit. (Terdapat 2 kaedah membakar iaitu secara water bath atau balut loyang kek menggunakan aluminium foil)

7. Biarkan kek sejuk sendiri dalam oven.

***Kalau buat malam, esok pagi simpan dalam peti sejuk.

Chocolate Topping

(tak perlu buat topping jika mahu rasa lebih nikmat cheese layer) :

1/2 coklat masakan

50 ml susu segar coklat

2 sb butter

(Perlu masak cokolat masakan dan butter secara water bath)

*** Untuk loyang kek, lebih mudah menggunakan springform pan (sila rajinkan diri anda untuk bertanya pada Mr. Google) sebab kek mudah untuk dikeluarkan. Jika tiada, guna loyang kek biasa pun tak apa tapi kena sapukan butter dan tabur tepung pada permukaan loyang tersebut untuk mengelakkan kek daripada melekat.

Projek 15 | Asam Pedas Melaka

Misi menjayakan projek ini is gara-gara saya dah masuk tahap kempunan gila nak makan asam pedas melaka. Kat penang takda. Takkan nak pergi Melaka, kan ? Tetiba teringat Abang Mohd Rasfan. Dia kan orang Melaka, so tunggu lagi ? Zass ! Capai BB terus BBM. Sembang punya sembang then dia kasi BBM pin wife dia, Kak Ratna. Done menuntut ilmu dari Kak Ratna, pap ! terus salin resipi yang Kak Ratna kasi. Dah dapat resipi, ikan merah pulak takda kat market depan rumah ni. Haish ! Tangguh punya tangguh, then dah dapat ikan merah kat market Taman Ilmu. Terus sambar. Saya ambil bahagian tengah badan sampai ke ekor ikan je, RM 22.40 ! erk ! mak aiii mahalnya. Mahal tak mahal tak kira dah, sebab dah tahap kempunan sangat. Encik suami terus bertanya, nak buat apa dengan ikan besar tu. “Asam pedas Melaka !” sambil sengeh. Encik suami sengeh. Tahu la tu, encik suami pun satu kepala dengan saya. Penggemar asam pedas melaka dan dah tahap kempunan juga mcam saya. “Bila nak buat ?” “Esok malam, lah abang, Nur masak untuk kita makan sahur nanti ye” Encik suami sengeh lagi sambil angkat tinggi tangan beliau, tunjuk isyarat best.

Petang 11 Ramadhan, lepas tanya encik suami nak beli makan apa untuk berbuka puasa nanti, then dapat BBM “Abang dok tunggu nak makan asam pedas melaka ja” Hahaha saya gelak besar seorang diri sambil terasa bahang panas di wajah and terus merah padam takut tak menjadi asam pedas melaka saya. Kebetulan pula Iman tidur awal malam tu, so lepas berbuka and solat Maghrib, terus tukar uniform.

bahan asam pedas melaka

Bahan – bahan :

5 biji bawang besar

5 biji bawang putih

25-30 tangkai cili kering

Kacang bendi (mengikut selera masing-masing nak menggunakan berapa banyak)

1 batang bunga kantan / daun kesum

1 batang serai (di tumbuk)

1 buah keras

Jintan

Ketumbar

Lengkuas (sebesar ibu jari)

Belacan (terpulang nak guna or not, tapi saya tak guna)

Ikan merah

Cara – cara :

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan lengkuas.

2. Kisar cili kering.

3. Tumbuk buah pala dan ketumbar.

4. Panaskan minyak.

5. Masukkan jintan, bawang yang dikisar, buah pala, ketumbar beserta serai yang telah ditumbuk tadi dan masak sehingga bawang menjadi kekuningan.

6. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak. (Petua mak saya masak sehingga hilang bau cili baru cili masak betul dan tak sakit perut)

7. Masukkan garam dan air perahan asam jawa.

8.  Masukkan air, ikan merah, kacang bendi dan bunga kantan.

9. Masak sehingga mendidih.

Asam Pedas Melaka

Sahur keesokan paginya, encik suami makan dengan berseleranya. 2 pinggan nasi beliau tambah. Masa tambahan nasi yang kedua kali, “Banyak ni ja ka nasi Nur ? Dalam periuk ada lagi tak Nur ?” “Takda dah abang, habis” “Laaa yaka ..” “Tak cukup ka, abang? Tiap sahur memang Nur masak banyak ni pun nasi and selalu dalam periuk tu ada sikit lagi nasi tapi harini tetiba licin lah” sambil sengeh. Well, isteri mana yang tak happy kan bila melihat suami makan bertambah-tambah dengan berseleranya hasil masakan tangan sendiri. Dan saya tersenyum puas.

Many special thanks to Abang Rasfan dan Kak Ratna for Asam Pedas Melaka recipe :-)

Sekali cuba resipi untuk buat any masakan, that make me feel “wanna cook more and more and more !” I’m having so much fun menyediakan pelbagai masakan untuk encik suami dan Iman. Tetambah lagi if orang yang makan tu tambah lagi dan lagi.  So ……. what’s our next recipe ? :-)

Regards,

Nur

www.duniapesona.com

Aug 8

Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar, today dah masuk kali ketiga our wedding anniversary. What’s so special on our 3rd anniversary is that I make a cake for our anniversary cake. Last year saya just tempah cupcake je but this time I’ve made it on my own. Yeay ! Ok … to be truth, I never ever make a cake before this okeh. Yes, it’s true. Okay, you may laugh at me, go on .. (shame on me). Well, actually I never plan it earlier. Lagi 2 hari our anniversary baru saya plan tentang nak buat cake for him. Tetiba je terlintas teringin nak buat kek guna air tangan sendiri nak bagi encik suami makan disamping dapat pahala free kan .. heheh.

On that Friday petang, saya cepat2 google resipi kek. Memandangkan saya dan encik suami penggemar tegar cheese so I decided to buat kek yang bertemakan cheese. Click, click, click .. papp ! dah dapat kek. Chocolate cheesecake. Terus print out simpan dalam beg. Sampai rumah terus simpan resipi tu dlm oven. Takut terlupa and tercicir. (Sememangnya saya seorang yang cemerkap dan mudah lupa). Zassssss esok, Sabtu pagi terus balik rumah mertua untuk berbuka puasa kat sana.

Ahad pagi, tengah sedap bersahur berlaukkan masakan MIL, tetiba terfikir nak check balik resipi tu ada or idak dalam oven. Bila tanya encik suami, beliau tak tahu. Beliau cakap just angkat oven masuk dalam kereta ja. Check dalam oven, urghhh ! resipi tertinggal dalam talam oven on Jumaat malam, masa saya masukkan mee udang encik suami dalam oven takut masuk semut, then talam tu saya letak atas rak pinggan. Oh ! memang tensen bila buat mistake sendiri ! Pagi tu jugak, cepat2 rembat iPhone encik suami terus search resipi kek yang sama. Zap zup zap, done ! dah siap salin resipi. Phew !

buat kek

Ahad tengahari, dengan semangat yang gila berkobar-kobar punya nak buat kek, terus bancuh adunan. As usual, si budak kecik comey Iman pantang kalau Ibu kat dapur. Dengan tot tet tot tet berlari-lari ke arah Ibu dah start nak jalankan duty kastam tengok apa Ibu buat. So, Ibu letak Iman dekat kerusi, suruh duduk diam-diam and tengok ja apa Ibu buat. Iman memang suka kalau tengok Ibu buat kerja masak memasak ni. Selang seli, encik suami dengan rajin dan rela hatinya datang tolong gaulkan bancuhan adunan kek. Bila ayah dah mula tolong Ibu Iman pun tak senang duduk, nak sibuk tolong jugak. Ayah pun bagila Iman tolong ayah pegang mixer tu. Syok tak terkatala Iman. Hehe. And as usual, bab sukat menyukat and temperature oven ni memang saya asyik fail je. So, nak cepat saya serah pada yang pakarlah, encik suami. Hehe. Around 3pm, tingggg !!! kek dah masak ! Oh ! saya memang over excited nak tengok hasil kerja saya. Malam tu juga MIL and encik suami terus rasmi kek tu.

281481_1856507027028_1671433988_1280493_4104497_n

Tadaaaaa … inilah rupa Chocolate Cheesecake untuk our 3rd wedding anniversary. Well, I know even though it’s not nice and yummylicious as Secret Recipe cake but I’m hoping that he’s happy with my efforts and yang penting saya buat dengan penuh kasih sayang .. (ayat nak sedapkan diri sendiri) :p

These are some of the flashback :
03.12.06 – we meet at Malacca (sempena sukan persahabatan between USM and KUTKM)
14.12.06 – we became close in a serious relationship
31.08.07 – engaged
08.08.08 – get married
23.03.10 – Iman was born (Now you are 1 year 4 months old)

How time flies, kan ? Alhamdulillah di atas segala rezeki yang telah Allah berikan, Syukur Allah … syukur, syukur, syukur …

Dear beloved husband, thanks for being a good friend, a good listener, a shoulder to cry and a great husband for me. Semoga Allah s.w.t sentiasa memberikan keredhaan, kebahagian dan kasih sayang yang berpanjangan dunia akhirat kepada kita .. juga sifat kesabaran, keimanan dan bertolak ansur sesama kita dalam menempuhi segala liku-liku hidup dan susah senang bersama. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin. Happy 3rd wedding anniversary to us. I love you .. :-)

Regards,
Nur

www.duniapesona.com

Jun 28

Azryshah+Lisa Wedding

Photographer’s wedding…….. Kali ni our client actually is also a wedding photographer. Meet Azryshah or yang sebenarnya nama beliau is Pazry. Baru aku tahu sebenarnya nama mamat ni walaupun dah bertahun kenal. Patut ayah beliau agak blur bila aku tanya “Pakcik ni ayah Azry ke ? ” ….. Rupanya anaknya dipanggil Pazry kat sini. Kantoi sudah. So Selamat Pengantin Baru buat Azry and his wife , Lisa.

Azryshah+Lisa Wedding

So bila dah kata photographer yang kawin makanya yang datang pun ramai dari golongan photographer la jugak. So disebabkan Official Photographer (OP) majlis tersebut adalah isteri aku and aku hanya sebagai tagger sahaja maka aku ada banyak masa untuk main and bleh suruh OP amik gambar sana sini. Hahahahha . So antara muka-muka yang hadir on that day was Shaupix Ahmad, ArieGaban, Grey, Along Mikagami and his wife Shizukana and also takda dalam gambar Kyzer and his family.

Nurfishah

Malangnya mereka-mereka ni tak dapat nak join aku masa shooting outdoor , maklumlah jauh amat nak balik dari Teluk Intan ke Penang semuanya , so makanya aku melayan outdoor bersama isteri ajelah. Lokasi outdoor pon tak jauh mana kat area-area situ jugaklah. Yang menariknya masa on da way nak ke lokasi bleh pula aku terperasan ada satu kedai tu is kedai kawan aku and rupa-rupanya aku dah pernah sampai siap dah pernah tido pun kat kedai tu. But disebabkan masa sampai dulu is waktu malam, so aku agak tak perasan keadaan kawasan kat situ.

Najiha Homestay

Najiha Homestay

Disebabkan perjalan yang agak panjang, so kami terpaksalah pergi sehari lebih awal and bermalam di Teluk Intan. Lokasi event sebenarnya tidak berada di tengah-tengah bandar Teluk Intan and sebenarnya berada di Kampung Bahagia but tak da lah jauh pun dari pekan Teluk Intan tu. Kawasan ni tak da hotel-hotel yang mudah and sesuai untuk nak kita sewa untuk family. But macam biasalah kalau takda hotel normally sure ada lambakan homestay.

We manage to find a few homestay di Taman Melur which is amat dekat dengan lokasi and juga pekan Teluk Intan. Homestay yang kami pilih is Najiha Homestay. I am writing this as an appreciation from us to the owner atas layanan and  servis yang really good. Rumah teres 3 bilik equipped with kemudahan asas yg lengkap with a good reasonable price. I will highly recommend this homestay to others and definitely will stay at this homestay again kalau bertandang kembali ke Teluk Intan.

Cameron Trip

Malam sebelum wedding saja godek-godek google maps kat iphone sambil cuba cari a spot-spot menarik nak bawa family jalan-jalan. Then terperasan yang Cameron Highland is 99km je dari lokasi homestay kami tu. So terus dengan unplan trip ke Cameron Highland keesokan harinya (Sunday) melalui Tapah.

Cameron Trip

Actually this is my …… errrr i lost count already ke Cameron Highland ni. Rasanya sepanjang keja ngan USM aje pon dah 3 kali ke sini. Normally datang ke Cameron Highland ni melalui jalan Simpang Pulai, but disebabkan kami dari Teluk Intan, so naik terus ikut Tapah. Ikut Tapah ni dah lama aku tak lalu, kalo tak silap last aku lalu is with my family masa aku kecik-kecik. Time tu plak ujan kalau tak silap aku lah. So first time aku drive ikut jalan Tapah ni serious tak best sebab banyak sangat corner-corner. Mak mertua aku yang tak berapa sihat terus terlelap kat belakang. Aku yang drive pon dah tak larat nak pusing stereng sambil dalam hati menyumpah bila la nak sampai.

Dalam pukul 11.30am kami sampai ke destinasi pertama, BOH Tea Plantations. Dah berkali-kali aku sampai Cameron ni, ini la kali pertama aku sampai ke spot ni. Sebelum ni aku masuk separuh jalan je pasal aku rasa macam salah je jalan dia so aku patah balik. Rupa-rupanya memang jalan ke kawasan ni memang teruk and sempit. Iman yang baik dok tido terus terjaga and punyalah happy bila dapat keluar dari kereta .

Cameron Trip

Iman ni seorang budak yang tak suka di dukung, tak suka di pegang. Dia nak di lepas ja kemana dia nak pegi. Tambah-tambah sekrang ni baru dok boleh berjalan laju sikit, kira nak lari je. I am really happy bila tengok Iman really enjoy the trip berlari ke sana sini.

Cameron Trip

Sampai je kat BOH Tea Plantations tu aku perasan ada macam satu kawasan top view di atas bukit tu. So memang aku plan nak panjat sampai ke puncak atas tu. Sayangnya pokok teh laluan kami ke puncak tu dah semakin kering and dah macam mati je pun. Pening kejap aku ngan si Iman pasal dia tak nak di dukung lansung nak panjat sendiri bukit tu.

Cameron Trip

Cameron Trip

Walaupun semput, tetambah ibu la…. kami sampai jugak ke puncak. Iman sampai dulu dari ibu, komanlah ibu ni. We really enjoy kat atas puncak sebab even tengahari time tu and matahari atas kepala but still agak sejuk with angin yang sentiasa je bertiup. But takde lah sesejuk masa dulu-dulu. Why ? Entahlah ……

Cameron Trip

Actually kami jarang ada gambar family sendiri , why ? Sebab takda sapa nak amik gambar kami lah. So this trip aku bawa sekali Phottix triger naik atas puncak. So nak memudahkan kerja aku just set semua sesiap then minta tlg mak mertua aku pegang je kejap. Kiranya macam “Human Tripod” la plak jadinya. Sesambil tu kunonnya kami terngah berposing and aku at the same time tekan trigger. Sebab tu lah tangan aku ada kat belakang. Hahahahaha . Jadilah, at least ada juga gambar kami 3 beranak.

Cameron Trip

Cameron Trip

Lepas dah puas melepak kat atas tu sampai aku kena bagitau “sudah-sudah” …. so kami pun mula turun. Kalo ikutkan mertua aku nak lagi depa lepak kat atas tu pasal memang asyik je rasa. Masa turun budak kecik ni kena paksa dukung pasal takut karang tak pasal-pasal tersembam ke depan. Kalo naik kot la ok, tapi masa turun ni bahaya lah. Tapi jenuh jugak dok melawan ngan dia pasal dia keja nak turun ja.

Cameron Trip

Kat bawah tu ada BOH Tea House. Tak lengkaplah kalo dah sampai sini tak pekena teh barang secawan dua .. kan ? So melepaklah kejap kat tea house ni sambil minum-minum teh apa ke nama ntah aku lupa pasal wife aku yang orderkan. Time ni budak kecik ni kena jentik ngan aku pasal sepahkan makanannya kat lantai. Time ni jugak dia punyalah pulun minum teh, maklumlah ni kali pertama rasanya dia merasa air teh. Selama ni dok bagi air masak saja.

Cameron Trip

Di belakang Tea House ni ada kilang pemprosesan teh BOH and guest dibenarkan masuk sebahagian saja daripada kawasan kilang ni. Honestly aku suka tempat ni pasal bau dia really harum, ada ala-ala bau inai pun ada. Kalau lah umah aku sentiasa bau macam ni kan best .

Cameron Trip

Tengah bapa mertua aku dok sembang-sembang ngan pekerja kilang ni, aku nampak satu traktor yang dok angkut daun-daun teh ni dari ladang. Iman punya seronok nak naik so aku lepaskan dia naik atas tu. Dalam tu plak ada penyapu and terus si budak kecik ni jadi pekerja BOH aritu . Kunonnya dok menyapu dauh teh la tu ?

Cameron Trip

Pastu si ibu plak yang over nak join sama. Tak leh kata apa lah pasal ibu memang tak pernah naik benda-benda macam ni. Ayah steady jek pasal dulu kecik-kecik selalu dok naik Kubota Tok Wan kat Tasek Gelugor. Iman buat rileks je tekun bekerja menyapu daun teh.

Cameron Trip

Satu lagi port wajib kalo sampai ke Cameron Highland is Cameron Bharat Tea Valley. Actually aku lebih sukakan teh dari kompeni ni pasal aku suka teh yang ada flavor strawberi tu. So kami singgahlah kejap untuk shopping sekotak dua and untuk kawan-kawan yang sempat order bila dapat tau kami check-in facebook kat Cameron Highland. Cepat and lajuuuuuuu je order. Iman time ni dah tertido sebab letih panjat bukit and bekerja sapu daun teh la kunonnya.

Cameron Trip

On the way perjalanan balik dari sana kami melalui Time Tunnel Museum. Aku dapat tahu tentang muzium ni masa aku search dalam internet sehari sebelum tu and selepas a good review dari beberapa kawan-kawan pasal muzium ni, so aku berhasrat nak singgah sekejap. Fees dikenakan sebanyak RM5.00 seorang. Muzium ni sebenarnya adalah satu muzium yang mempamerkan barang-barang lama yang wujud dalam zaman dan era sekitar merdeka sehingga kini. So banyak jugalah barang-barang yang sememangnya era aku. Most of the time bila aku tengok barang-barang kat sini sure terkata ” ehhh … benda ni ada lagi ?” sambil tersenyum sorang-sorang

Satu lagi keistimewaan muzium ni is anda dibenarkan mebawa kamera masuk kesini !! So apa lagi posing sakan la Iman ngan Ibu. Yang Iman pon bukan main seronok duduk dalam bekas tu sampai tak nak keluar. Bertuah punya budak !!

Cameron Trip

Cameron Trip

Cameron Trip

Cameron Trip

Cameron Trip

Seriously Iman really had a good time dalam muzium ni pasal dalam muzium ni ada banyak barang mainan yang dah tak ada zaman sekarang and Iman really enjoy with this toys. Aku pun really kagum dengan tuan punya muzium ni sebab berjaya collect semua barang-barang ni and most of them still in a good condition. I wish I can keep tricycle yang kat atas ni. Really rare lah these day kalo nak jumpa benda-benda macam ni. Impresifkan bila kita kagum dengan barang-barang lama yang kita cuba tinggalkan .

Lepas melawat Time Tunnel Museum ni kami terus je balik ke rumah as my mother in law dah tak berapa sihat and dok muntah-muntah. Maybe sebab perjalanan yang agak tidak selesa.

Well I think that is our story of unplanned trip to Cameron Highland ……. so ke mana kita lepas ni ? :-)

Regards,
Hafiz Dunia Pesona
www.duniapesona.com

Jun 16

Behind The Scene

Let’s start with our latest wedding job. Our client kali ni a bit special because she also working with our employer. Actually I am looking foward for this wedding sebab this wedding was held at Anjung Budi, Universiti Sains Malaysia. Kami tak pernah shoot kat sini so it will be new experience for us lah. New spot mean new port lah.  Plus this wedding kali ni is an event yang kami sedang mencuba benda baru which is Phottix Atlas. Sebelum ni agak tidak suka menggunakan lampu-lampu flash ni but this time saja cuba nak bereksperimen with those things.

Reza @ Melyssa

After test run, aku dapati syiok guna guna menda alah ni. Above pic yang kat atas ni is one of the pic yang aku shoot menggunakan Phottix Atlas. Actually it is just a test shot semasa pengantin sedang pakai sampin kat atas puncak batu tu . Jarak antara aku dengan subjek bleh tahan lah jauhnya about 30-40 meter rasanya. I m using 70-200mm lens for this shot so can u imagine the distance ? Memang agak jauh lah sebab tu i discover it is good to have communication tools such as walkie talkie masa ni. That’s why balik tu terus order walkie-talkie :-P

In a jungle

Macam biasa selalunya my wife la akan jadi model test sebelum actual photoshoot. Kebetulan masa nak buat outdoor ada dahan pokok yang patah and mcm selalulah, kami ni suka bab panjat memanjat ni. This location sebenarnya di Teluk Bayu di Teluk Kumbar, Penang. Location ni jugalah tempat my wedding punya outdoor photoshoot :-)

Penang International Dragon Boat Festival 2011

12 Jun 2011 aku sempat melayan Penang International Dragon Boat Festival 2011 di empangan Teluk Bahang. Actually ini kali kedua aku datang shooting kat sini, sebelum ni with my wife and tak pasti time tu dah kawin ke belum. This year punya festival agak suram. For me i think management agak fail handle this event sebaiknya. Bayangkan sesuatu festival takda jual makan and minum ? Kedai yang jual makan minum paling dekat a few kilometer dari khemah peserta.

Penang International Dragon Boat Festival 2011

Above is one of the pic yang i manage to shoot during the festival. Agak tidak berpuas hati sebab kedudukan boat yg agak jauh dari port nak shooting. But macam biasalah terpaksa guna apa saja yang ada. Rasa mcm nak beli je 300mm f2.8 tapikan ……. mana nak cekau duit ? :-P

Antulilin Stave

Introducing my friend. Si Antulilin . Masa layan dragon boat aku pegi ngan mamat ni lah . Tapi bukan aku nak bagitau yang tu, yang aku nak bagitau is masa pi dragon boat tu lah baru aku tau aku dah pernah shoot mamat ni secara tidak disedari dalam satu wedding sepupu aku dalam tahun 2006. Si antu ni jadi pengapit kepada sepupu aku and haram aku tak sedar sampai ke hari tu. Tu pun sedar bila aku suruh dia pickup kat rumah mak andak aku.

In fact ini bukan kali pertama ada “kimia” dengan mamat ni. Family sebalah wife aku pon ada plak sangkut-sangkut ngan wife mamat ni. Lawak sungguh aku rasa bila pusing pi pusing mai jumpa orang yang sama. Dunia makin kecik ? Hahahahahaa :-P

Rgds,
Hafiz Pesona
www.duniapesona.com

Jun 1

My Precious

Sunset and Golden Hour

Sunset and Golden Hour

Sunset and Golden Hour

“Our Golden Hour”. That is the best way to describe this moment. Mei lepas Malaysian Big Picture yang diterajui oleh Mr. Zainal Abdul Halim ada mengeluarkan a new task untuk para penggemar fotografi mempraktiskan apa yang dipelajari. I never had a chance to participate before in this kind of activities di sebabkan kekangan kerja yang menimbun. So since aku dah takda kelas nak attend and since cuti semester kali ni agak panjang disebabkan penyelarasan baru cuti semester IPTA makanya aku pun ada banyak spare time untuk participate.

Above was a few shot yang aku dapat masa outing mencari gambar yang bertemakan “Sunset, Sunrise & Golden Hour”. And sebenarnya the last shot aje antara yang aku submit ke MBP disebabkan itu sajalah yg aku rasa qualified dalam genre Photojournalism ni. Yang lain-lain tu dah sah-sah aku suruh wife and anak aku pose.

But i still enjoy the pic as walaupun i said before it is just a pose sebenarnya but it is a time they playing together. And it is a precious moment for me sebenarnya melihat “my precious” enjoy their time. Enuff with those pic as u can see at our official website with wider view. What i want to share is the pic yang berlaku di sebalik outing tersebut.

Aku pilih Ban Pecah, atau ada juga dikenali sebangai Pantai Rock oleh penduduk setempat sebab for me di sini saja yang kau bleh dapat a great sunset picture dalam lingkungan yang paling dekat dengan rumah aku. With a limited time aku bawak my wife and son beberapa kali selepas kerja ke Ban Pecah. I am lucky to have a family yang amat support bila bab fotografi and offer nak ikut walaupun sekadar memeriahkan outing aku coz normally aku jarang keluar outing dengan orang lain selain family. Why ? ntahla…… maybe they love me around and want me to be around that make me also comfy when they are around.

Me At Ban Pecah

Pic above was a behind the scene pic yang diambil oleh my wife. As you can see i am surrounding with geng-geng lembu yang mesti melintasi my spot setiap petang untuk kembali ke kandang mereka. Disebabkan aku selalu kat sini, so pakcik gembala lembu ni pon dah kenal aku. Second day aku datang belum sempat nak amik gambar dia dah tanya “tak ambil gambar ke arini ?” . Silap-silap lembu ni pon dah kenal aku gamaknya.

My Family

My Family

Cerita pasal lembu ni, anak aku si Iman ni memang jenis tak tahu takut apapa buat masa ni kecuali “Dog”. Binatang lain selamba aja dia nak pi gomoi tapi kalau dog sebut saja pun dia dah takut. Alkisahnya dia dengan selamba je kejar lembu-lembu tu. Serious cute when ada sekali tu dia gelak-gelak kejar anak lembu and anak lembu tu pun macam tahu-tahu je kena kejar bleh lari lagi laju. Tapi aku takut la jugak apsal pakcik tu cakap ada sekor lembu tu memang suka menanduk. Pic yang atas tu kunonnya dia berani sangat la nak bagi makan pada lembu tu.

My Family

My Family

My Family

Tapi seterre mana pun Iman satu lagi bab yg Iman still fail is dia takut amat kat ombak. Kalo pegi pantai tu jangan harap la berani nak dekat ngan gigi air tu. Jenuh nangis tak nak lepas kalo bawak dia gi kat air. Tapi yang peliknya kalo dia dah ada dalam air ok la plak. Maybe dia just takut pada ombak yg dok menghempas tu. So setiap kali pegi pantai dia hanya suka main dengan pasir.

My Family

My Family

My Family

Sometime during my outing tak semua or tak setiap keadaan aku dapat hasilkan gambar. Sometime faktor cuaca menjadi penghalang untuk aku dapat gambar yang aku nak. So disebabkan dah alang-alang sampai makanya aku shoot ajalah Iman and Ibu as a family picture. Lately Iman dah susah nak bergambar pasal dah banyak akai. Jenuh nak suruh dia pose atau buat apa yg kita nak.

My Family

Lastly our family photo together lah ….. :-)

Rgds
Hafiz Pesona
www.duniapesona.com

May 24

Apabila ombak menghakis pantai
Oleh AHMAD SHAARI (Kosmo)

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?

PEMANDANGAN pada hari semalam amat menarik. Kawasan yang landai dan disulami dengan bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya begitu menarik perhatian. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.

Itulah Ban Pecah yang terletak dekat Tanjung Piandang, Perak yang menjadi tempat bersantai dan menjamu selera bagi penduduk daerah Krian.Terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Parit Buntar, lokasi ini dikunjungi sehingga lewat malam untuk menjamu selera. Menu utama pilihan pengunjung adalah kari ikan sembilang yang tidak asing lagi serta mi udang Tanjung Piandang.

Walaupun pantai itu menerima ratusan pengunjung setiap hari, namun tidak ramai tahu bahawa pada awal tahun 1960-an, kawasan itu adalah hamparan sawah padi yang subur menghijau.

Menurut cerita lisan penduduk tempatan, kononnya sumpahan seorang anak yatim piatu telah menukar wajah sawah yang subur menjadi laut. Apakah benar cerita ini?

Kisah ini tidak pernah dilupai oleh penduduk daerah tersebut dan daerah berdekatan seperti Bandar Baharu, Kedah dan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Antara individu yang masih mengingati cerita ini ialah Masjuri Anang, 82.

Bekas imam di kampung tersebut memberitahu, kisah tersebut menjadi bualan penduduk kampung ketika itu. Namun, meniti peredaran zaman, kisah itu lenyap sedikit demi sedikit.

“Memang benar dahulunya kawasan pantai ini adalah ‘lautan sawah’ padi yang amat subur iaitu kira-kira 400 hektar luasnya. Ia milik penduduk kampung termasuk dua beradik yang merupakan anak orang berada.

“Hampir dua pertiga tanah sawah itu milik mereka. Sebelum saudara yang sulung meninggal dunia, dia telah meminta adiknya menjaga anaknya dan tanah sawah miliknya.

“Namun, ketika anak-anak itu sedang membesar, bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah tersebut. Semua bahagian harta milik si abang tidak diserahkan seperti yang diamanahkan, sebaliknya dibolot oleh si adik,” ujar Masjuri.

Ceritanya lagi, untuk menyara hidup, anak yatim yang malang itu terpaksa bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi.

Menurutnya lagi, cakap-cakap masyarakat setempat pada masa itu menyedarkan anak yatim itu bahawa bapa saudara mereka telah mengkhianati amanah ayahnya.

“Dia bertemu bapa saudaranya bertanyakan perkara itu tetapi disangkal dan dihalau keluar.

“Sebelum meninggalkan kampung, anak itu berdoa, ‘Ya Allah, jika benar apa yang berlaku ini, engkau tunjukkan balasannya’. Sejak itu,ombak mula mengganas memecah benteng sawah atau ban yang dibina.

“Kawasan bendang dan kebun kelapa bertukar menjadi pantai menyebabkan penduduk kampung cemas.

“Segala usaha dilakukan seperti menambak dan cuba mengalirkan air laut ke dalam kolam, tetapi tidak berkesan sehingga segelintir penduduk kampung menggunakan bomoh dan pawang,” ujarnya.

Perkara itu diakui oleh seorang lagi penghuni kampung itu, Ahmad Mukri, 72.

“Saya masih ingat lagi penduduk mengorbankan seekor lembu putih atas kehendak pawang. Ketika itu, saya berusia belasan tahun dan lihat sendiri tulang-tulang lembu bertaburan di tepi pantai.

Sementara itu, seorang pemilik gerai, Hassan Mohamad, 46, mengakui pernah melihat objek seperti pintu air ban di tengah-tengah pantai ketika air surut.

“Saya masih dapat melihat pintu air jauh ke tengah laut iaitu kira-kira dua atau tiga kilometer dari pantai.

“Pintu air itu jelas menjadi bukti bahawa kawasan laut sekarang adalah ban satu ketika dahulu,” katanya.

Seorang penduduk yang sering bermain di kawasan Ban Pecah ketika usia remaja, Ishak Cik, 62, bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza.

Beliau berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an.

“Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Tanah arwah ayah saya seluas 1.61 hektar turut menjadi korban. Apa nak buat, dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci,”katanya.

Menurut Ishak, akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak.

*********************************************************************************************************

Begitulah alkisah mitos Ban Pecah yang diceritakan oleh seorang wartawan Kosmo. Selalu juga aku ke Ban Pecah masa sebelum Iman dilahirkan untuk sesi photoshoot mahupun untuk lepak-lepak but tak pernah pula aku amik port tentang sejarah ni. So it is great to know some sejarah tentang tempat yg kita selalu kunjungi

Baru-baru ni sempat berkunjung kembali buat pertama kali membawa Iman bersama disebabkan aku memerlukan beberapa keping gambar sunset and for me this is one of the fav place untuk hunting for sunset. For your information, pic above was taken using a cameraphone only. It is nice to see the action of my wife and our son :-)

Hafiz Dunia Pesona
www.duniapesona.com

Mar 30

Let’s begin with what was happen last two night. Minggu ni Ibu ada lawatan dari panel EAC (Engineering Accrediation Council Malaysia) on 27 – 28 March 2011 which means that Ibu teramatlah sibuk within this 2 days to prepare any related document yang barisan panel perlukan.

Night 1

Iman tak jerap tido. Kejap-kejap bangun merengek walaupun Ibu dah kasi susu banyak kali kat Iman. Ibu pun hairan dan tertanya-tanya, sebelum ni Iman kalau part tido malam ni memang nyenyak tak kira walau macamana bisingnya bunyi balingan bola bowling dan jatuhan pin tak berhenti-henti, langsung tak dapat mengganggu kenyenyakan tido Iman tu. Itu yang buat ibu dan ayah senang nak bawa Iman ke mana-mana :-) Tapi malam tu Iman tak seperti malam Iman yang biasa. Ibu ada juga terfikir, susu badan Ibu dah mula tak cukup ka untuk Iman ? Disebabkan Ibu dah terlalu buntu Iman asyik jaga dari tido dan merengek dari pukul 3.30 pagi hingga 5.30 pagi, so Ibu decided to try kasi formula milk dekat Iman. Lepas Iman habiskan sebanyak 5oz susu, Iman baru ja nak lelap tido, but then Iman puke balik semua susu yang Iman minum baru je tadi. On 5.30 am sewaktu orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi, Ibu bertungkus lumus cuci tilam dan salin cadar yang baru untuk Iman tido bertemankan Iman yang sememangnya seorang yang curious, sibuk nak tahu apa Ibu tengah buat dengan badan terhoyong hayang ke kiri dan kanan sambil buat isyarat tangan and said “haaaa … ppen ?” (what happen). Lepas dah kemas, Iman dah mula aktif balik (aktif dalam keadaan menguap dan mengantuk) nakk tido tapi nak main. Ibu dah tak tahu nak buat macamana, last action is Ibu bawa Iman turun bawah, bancuh susu formula 2oz (sebab Iman baru minum susu je tadi Ibu xnak bancuh banyak takut nanti Iman puke lagi) tepuk-tepuk Iman then Iman tido. Waktu tu, jam dah menunjukkan pukul 6.30 pagi which is sememangnya itu waktu yang ibu selalu bangun tiap pagi. Dengan kepala ibu yang tengah ding dong dan mata yang kuyu, Ibu jalankan rutin Ibu seperti pagi yang biasa, masak nasi untuk Iman, mandi, solat dan bersiap untuk pergi kerja.

Kebetulan pula pagi ni Ibu kena pergi kerja awal sebab Ibu perlu keluar untuk mencari fresh flower untuk hiasan meja barisan panel. Pagi tu, Ibu call maktok cerita tentang keadaan Iman semalam, Menurut maktok, Iman dah makin besar, dah 1 tahun, so Iman perlu minum susu lebih dari sebelum ini which means susu badan ibu sekarang ni masih ada cuma tak cukup untuk menampung kekenyangan Iman yang semakin hari semakin memerlukan lebih makanan untuk membesar.

Seharian di office, kepala Ibu berdenyut-denyut and pedih mata sebab tak cukup tido. Nak pula dijadikan cerita, time dah lepas waktu bekerja, 5.10 ptg Ibu baru je bangun untuk keluar punch out, Ibu diarahkan untuk stayback sebab ibu diperlukan untuk “urgent case” dalam penyediaan dokumen-dokumen last minute untuk panel EAC perlukan untuk hari ke-2 pula. Mungkin akibat teralu stress dan letih, tanpa disedari air mata ibu menitis dalam kesibukan itu memikirkan tentang ayah, iman dan kerja. Waktu itu juga Ibu hampir-hampir pitam depan mesin photostat. Alhamdulillah, berbekalkan semangat tak sabar nak ambil Iman dari rumah babysitter, nak lihat wajah anak ibu yang handsome dan mulut comel Iman yang tak berhenti-henti pot pet, Ibu gagahkan jua. Tepat jam 6.45 ptg selesai sudah semua kerja ibu dan ibu bergegas pulang untuk ambil ayah dan iman yang menunggu ibu selama 1jam lebih. Maafkan nur abang, maafkan ibu .. iman :-(

Night 2

Jam menunjukkan pukul 8mlm, Iman menunjukkan tanda-tanda mengantuk, mungkin sebab Iman tak cukup tido coz kejadian malam semalam. Macam biasa Ibu bagi susu badan, tepuk-tepuk, Iman terus tido sekali dengan Ibu lelap dibuai mimpi bersama Iman dek kerana terlalau keletihan dan berdenyut-denyut kepala. Ibu dikejutkan oleh ayah pada jam 12 tengah malam. Hujan lebat dan angin bertiup kencang di luar. Tak pernah lagi berlaku keadaan cuaca yang boleh dikatakan agak teruk juga lah seperti malam ini. Menurut ayah, tok yah (babysitter ayah sewaktu ayah kecil dahulu) baru call, pesan supaya jangan tido di atas sebab ada sebuah rumah dah diterbangkan bumbung oleh angin disebabkan keadaan cuaca yang agak teruk pada waktu itu. Elok ibu nak bawa iman turun bawah, blackout ! Ayah cuba memulihkan keadaan, tapi tak berjaya disebabkan bekalan elektrik utama terputus menyebabkan beberapa buah rumah terputus bekalan elektrik termasuk rumah kita. Bermulalah sesi kenduri pesta bagi nyamuk pada waktu itu. Iman tak nyenyak tido dan kerap terjaga dan merengek berkali-kali disebabkan gigitan nyamuk .Disebabkan nyamuk semakin ligat berpesta, pindah tido ke bilik atas semula dengan berbekalkan buku mewarna yang tok belikan untuk Iman, Ibu pinjam untuk dijadikan kipas untuk anak ibu dek kerana keadaan di dalam bilik atas yang panas dan berkuap. Iman berpeluh-peluh macam baru lepas bersukan, sampai basah rambut dan bantal Iman. Sampai kebas tangan ibu kipaskan iman setiap kali ibu terjaga dek kerana rengekan iman yang tak selesa dengan keadaan yang panas, kesian tengok keadaan iman yang tak jerap tido dan memandangkan ibu perlu tido yang cukup untuk persiapan diri nak ditemuduga oleh barisan panel pada esok hari, so ibu decided to ajak ayah pindah semula tempat, tido di bawah je, sebab walaupun kat bawah jadi tempat pesta nyamuk tapi kat bawah keadaan sejuk. Around pukul 2 pagi, bekalan elektrik kembali pulih seperti biasa. Fuhh ! Iman pun tido dengan nyenyaknya. Disebabkan 2 hari ibu tak cukup tido, ibu terlewat bangun dan sampai lewat ke tempat kerja. Nama ibu tersenarai untuk ditemuduga oleh barisan panel EAC dan alhamdulillah … proses berjalan dengan amat lancar.

Sejak iman dah pandai mengatur langkah, setiap petang ibu akan bawa iman naik basikal yang ayah hadiahkan untuk hari ulangtahun iman yang pertama, dan bawa iman jalan-jalan depan rumah. Tapi, lepas iman boring naik basikal (macam biasa, iman cepat bosan dan akan cari benda yg baru pula) iman nak turun dan tolak basikal iman dari belakang, pusing sepanjang jalan depan rumah. Bila iman dah boring tolak basikal, iman ajak ibu jalan-jalan dan tempat favourite iman is depan rumah tokwan amir dan bangsal tempat parking kereta tok piah sebab kat situ permukaan jalan, curam dan bertingkat as iman sangat suka tempat-tempat yang bertangga dan curam. Yang buat ibu dan ayah proud dengan iman is iman adalah seorang yang cepat belajar. Contohnya, bila ibu tanya iman “where is PHP 738 ?” iman akan cari kereta ibu dan ayah dan tunjuk plate nombor PHP 738 sambil sebut “eit, eit” (number eight dalam bahasa iman). we are so proud of u, iman ! :-)

250320111092

Hari ini ibu terpaksa ambil cuti disebabkan babysitter iman ada hal kecemasan which is anak babysitter iman ditahan di hospital sebab kecederaan parah di bahagian tangan semasa sedang bersukan. So, ibu boring dok kat rumah, ibu decided to bawa iman hantar ayah pergi kerja pagi ni, breakfast and bawa iman pergi jalan-jalan kat office ayah and ibu.

Iman at my office
Walaupun iman baru je lepas breakfast nasi lemak, sampai kat office ibu, iman makan lagi biskut sekeping and aunty-aunty dalam office ibu jamu roti kat iman. Macam biasa kalau Ibu bawa Iman pergi office Ibu, aunty-aunty memang sangat suka mai kerumun Iman sebab geram tengok telatah iman yang banyak akai and mulut comel iman yang tak berhenti-henti pot pet pot pet. Lepas habis satu office ibu iman berjalan sakan tadi, sampai je rumah, iman terus tido keletihan.

300320111100

Bermula dari 2 malam yang lepas, maka bermulalah episod baru, ibu perlu tambahkan susu untuk iman setiap malam which is actually ibu sangat frust sebab ibu target sepanjang iman ada bersama ibu, ibu nak fully breastfeed iman sampai iman umur 2 tahun :-( Tapi memikirkan anak ibu perlukan makanan yang lebih dari hari ke hari untuk membesar, ibu redha ajela, asalkan anak ibu sihat :-) Namun, ibu sangat bersyukur dan berbangga sehingga kini ibu masih dapat fully breastfeed kan iman walaupun mulai dari 2 hari lepas dan hari-hari berikutnya ibu perlu sulamkan iman dengan susu badan dan 2 kali susu formula pada setiap malam.

Apa yang berlaku sepanjang 2 hari ini, ibu sedikit pun tak pernah merungut malah ia membuatkan ibu lebih berani dan tabah dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami yang ibu cintai dan seorang ibu kepada anak yang ibu kasihi :-)

Regards,
Nur Pesona
www.duniapesona.com

Mar 26

Iman 1st Birthday

Tonight suddenly ayah sedar semakin hari blog ini semakin menjadi tempat ayah menceritakan hal-hal tentang Iman. Perkembangan Iman, telatah Iman, perangai Iman dan macam-macam lagi pasal Iman. Well I think that is what this blog gonna be. A diary of my life and my family. Lagipun ayah sediri tak tahu siapa yang membaca blog ini and siapa pengunjungnya. But who cares …. ayah tahu anak-anak ayah satu hari akan membaca semua apa yang ayah tulis. Lagipun I m not making this blog untuk mengejar sebarang komen atau hit.

Rabu lepas Iman dan genap setahun, dah panjang lebar ayah bercerita tentang bagaimana setahun yang lepas Iman membuka mata melihat bumi. Kali ni ayah nak ceritakan our private celebration on your 1st birthday.

Suppose kita keluar dari rumah seawal jam 10 pagi but entah macam mana paip rumah kita bocor la pulak. Air paip dari atas syiling bahagian dapur turun bagai ada waterfall dalam rumah kita. Nasib baik ayah dah lama letakkan “gate” di bahagian laluan ke dapur rumah. Kalau tidak ayah pasti Iman sure laju saja nak berenang melompat-lompat atas lantai. Ayah tiada pilihan melainkan tutup saja pili utama dan teruskan dengan rancangan awal nak bawak Iman enjoy !!

But before that ayah singgah dulu bank untuk jelaskan bayaran tanah kepada lawyer. At the moment sebenarnya ayah tengah membeli tanah untuk family kita. Saat Iman dah pandai membaca blog ini, ayah pasti kita dah berpindah ke rumah baru. Then our first stop was at Secret Recipe Juru Autocity.

Ibu dah tempah Iman special cake untuk your birthday. Ayah tak tahu apa nama kek ni, but it is delicious. Idea nak decorate kek tu dengan logo “Apple” was your mom idea lah. Iman suka sangat ngan Macbook ayah sampai tak ada sapa pun yang boleh guna kalo Iman ada di rumah. So ibu put on this logo on your cake and hopefully you like it.

Pada mulanya Iman agak blur apa yang terjadi. Iman macam biasa buat muka soooooo curious nak tahu semua benda. But Iman well behave masa memula nak potong kek tu. As you see there is no candle on your cake as ayah and ibu agak tak menyukai “ritual” meniup lilin on the kek. So we decide not to put any candle on your cake and this thing will happen as long as we be your parent. Terpulang kepada orang lain nak kata ayah and ibu “kuno” or “kampung” but we believe it is not our culture so we dont need to do it.

Iman 1st Birthday

Iman 1st Birthday

Lepas Iman dah potong kek so ayah and ibu pon melantak la kek Iman tu. Iman macam biasa sebut “nak… nak” minta kek juga and ibu suapkan untuk Iman. Ayah makan Noodles In Tom Yam Kung while ibu order some rice sebab nak kasi Iman makan tengahari sekali. Iman makan nasi yang ibut suap sambil pot pet pot pet mulu dok berleter apa ntah.

Iman 1st Birthday

Then our next journey was Queensbay Mall, but sebelum tu terpaksa singgah kat umah mak tok dulu untuk simpan kek Iman, nanti takut cair plak simpan dalam kereta. Sebenarnya ini dah kali keberapa puluh dah Iman datang Queensbay Mall ni. But kali ni special sikit pasal ayah and ibu dah janji nak bawa Iman main kat playground paling besar kat dalam mall tu. Selama ni Iman selalu main kat playground Jusco je, but kali ni ayah and ibu nak bawa Iman pegi tempat yg lebih special.

Iman 1st Birthday

Sampai je kat sana tempat paling awal Iman tuju is kat giant sound button yang ada betul-betul belakang kaunter. Entah kenapa ayah perasan dari dulu lagi Iman memang suka dengan benda yang ada button and benda elektronik. Iman suka tutup suis lampu, suka on/off radio kereta, suka tekan remote and macam-macam lagi lah.

Iman 1st Birthday

Playground ni punya besar sampai ada 3 tingkat tempat permainan dia. Ayah yang teruja pasal ayah sendiri tak pernah main pun jadi seronok plak nak main. Tetambah pulak hari tu is hari bekerja and tak ada siapa yang hantar anak dia ke sana, so tempat tu memang Iman and ayah kongker je la. Ayah main “AirGun” sambil tembak kat Iman di tingkat bawah. Tapi Iman buat rilek tak tahu je dok sibuk main bola.

Iman 1st Birthday

Kat umah Iman pantang tgk line clear kat tangga sure Iman nak panjat. So kat sini ayah biar je Iman panjat semua benda Iman nak panjat. But seriously ayah bangga ngan Iman awalaupun jalan pun tak betul lagi, Iman dah berjaya panjat sampai ke tingkat paling atas kat playground tu. Well done !! Iman memang suka memanjat, but please bila dah besar jangan panjat pokok. Ayah fobia sikit bila dengar budak panjat pokok.

Iman 1st Birthday

Iman jugak enjoy main slide paling tinggi Iman pernah naik. Selalunya Iman naik slide cenonit kat klinik Dr. Jammy ja. Pada mulanya Iman macam takut-takut and tak nak naik slide  ni. But lepas dah try ngan ayah naik slide tu Iman naik syiok plak ajak naik lagi. Ayah dah letih nak kena panjat tingkat atas sekali so ayah biar ibu plak naik slide ngan Iman. Iman muka sikit pon tak gelak, tapi takut pon idak membuatkan ayah konpius apa perasaan Iman. But yang pasti ayah nampak Iman enjoy naik slide tu sampai minta naik berulang kali.

Iman 1st Birthday

Lepas puas main slide, Iman masuk pulak kat tempat yang ada bola banyak-banyak. Seronok kat tempat ni pasal Iman mmg suka bola banyak-banyak ni. Tapi yang sedih bola kat rumah Iman jarang main pon. Dari kecik sampai ke besar semua ayah dah belikan untuk Iman tapi Iman tak nak gak main kat rumah. Tapi bila ayah start main ngan giant bola tennis kat umah, mula lah Iman pun sibuk nak main.

Iman 1st Birthday

Kat situ juga ayah dapat ayah punya favorite shot of the day. Ayah suka gambar Iman kat atas ni. Nampak how serious Iman nak tahu apa yang ada kat atas tu. The color make Iman stand out and a bit bokeh effect make this picture priceless for me. Ayah tak pasti di saat Iman membaca entry ini, Iman dah faham atau tidak apa itu Bokeh. If not, After this please google it ….. and learn.

Iman 1st Birthday

Actually the place was really nice. Ayah sendiri admit yang ayah agak selesa berada dalam kawasan tu. Berbaring atas bola-bola tu memang best and tak bleh nak buat kat tempat lain. I am sure I ll make this picture as my profile pic later :-P

Iman 1st Birthday

Iman 1st Birthday

After that Iman keep playing and playing sampai lah ayah letih and Iman sendiri pun letih. Iman puas berjalan pusing satu  playground tak henti-henti. But this entry ayah tak publish any video or pic Iman berjalan sebab that thing will be on my next post. Ayah manage to record a few video and hopefully in the next entry ayah akan tunjukkan pada Iman.

Iman 1st Birthday

Iman first shot

Masa nak balik, ayah letakkan kamera ayah kat atas lantai sambil packing barang-barang nak di bawa pulang. Iman macam biasa tak bleh nampak barang elektronik terus pergi kat kamera and play with it. And you are sooooooo terre snap kaki ayah using that camera and luckily ayah manage to shoot that moment using my iPhone. So pic above is pic in the making and the result of your first DSLR click. Ayah saya biarkan pic itu in the original form without edit anything pun as it will be a precious pic from your hand only. How cool to think that your first pic agak nice with all well focused and you also applied “Rule Of Third”. Hahahahahahah .

Iman 1st Birthday

Then we headed to Toys r US shop coz ayah dah berjanji nak belikan Iman hadiah on your birthday. Sampai je kat sana Iman macam biasa jadi rambang mata then mula tunjuk sana-sini sambil cakap “nak … nak …”. Owhhh kalau ikutkan Iman semua Iman nak. Ayah and ibu dah decide nak belikan Iman tricycle as your hadiah lah. So kami bawa Iman terus ke tempat segala macam tricycle untuk sesi “test drive”.Iman try 2 tricycle and Iman sendiri tunjuk nakkan tricycle ni. So ayah belikan ikut apa yang Iman nak.

Iman 1st Birthday

Keluar je dari kedai, Iman terus naik tricycle tu dalam Queensbay. Walau kaki tak sampai Iman tetap buat hero sambil bunyi “vrroomm… vrooom”. Ayah tolak Iman sampai ke parking lot tempat ayah park kereta.

Iman 1st Birthday

Pic di atas adalah pic terakhir Iman untuk that day. Iman enjoy the ride and of coz enjoy the day. Ayah and ibu pun happy tengok Iman main tak henti-henti on that day. Balik je dari Queensbay Iman sangat letih and tido sampai esok pagi lepas mandi kat umah mak tok.

So that is the story pasal hari jadi Iman yang pertama. Ayah and ibu mungkin tak mampu nak berikan Iman hadiah yang lebih mahal dari ini tapi kami yakin kasih sayang kami pada Iman adalah sesuatu yang tiada nilainya nak dibandingkan dengan wang ringgit. Yang kami harapkan Iman membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh satu hari nanti.

Ayah dah ngantuk menulis blog ni tatkala jam dah menunjukkan hampir 02.00 am. So ayah tido dulu :-)

Regards,
Hafiz Pesona
www.duniapesona.com

« Previous Entries